Halloween party ideas 2015

Gambar- Suami Di Tetak Bertalu-Talu Lindungi Isteri | Seorang suami sanggup menjadikan tubuhnya sebagai ‘perisai’ serta membiarkan badannya ditetak parang bertalu-talu bagi menyelamatkan isteri daripada diserang perompak ganas.






Dalam kejadian jam 10.30 malam semalam, lelaki terbabit mengalami kecederaan serius selepas berusaha mempertahankan nyawa isterinya sebaik mereka diserang di sebuah pangsapuri di Sentul di sini.



Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Choo, 33, berkata, kejadian berlaku ketika dia dan isteri berusia 28 tahun baru pulang dari bekerja.



Menurutnya, mereka tidak menggunakan lif di pangsapuri itu sebaliknya mengambil keputusan menaiki tangga menuju ke unit kediaman mereka.



“Kami bagaimanapun terkejut apabila seorang lelaki bersenjatakan parang tiba-tiba muncul sebelum menyerang kami.


“Lelaki itu langsung tidak memberi sebarang amaran sebaliknya menetak kami bertubi-tubi,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL).



Dia yang panik dengan kejadian itu bagaimanapun berusaha mempertahankan diri dan melawan, namun tidak berdaya.



“Saya dapat lihat tangan isteri berlumuran darah akibat ditetak penjenayah. Bimbang nyawanya terancam, saya mengambil keputusan melindungi isteri dengan tubuh saya.



“Penjenayah itu yang seolah-olah hilang akal masih terus menetak belakang saya bertalu-talu. Walaupun sakit, namun saya tetap berusaha menyelamatkan isteri kerana bimbang dia dibunuh,” katanya.



Menurutnya, penjenayah kemudian merampas beg tangan milik isterinya sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal yang diletakkan tidak jauh dari pangsapuri itu.



“Saya sempat melihat penjenayah itu melarikan diri dengan seorang lagi suspek yang membonceng motosikal berkenaan.



“Susulan itu saya segera meminta bantuan orang ramai sebelum kami dihantar ke HKL,” katanya.



Dia berkata, isterinya itu putus satu jari tangan kiri akibat ditetak.



“Dia kini masih dirawat di HKL dan keadaannya dilaporkan stabil. Saya masih terkejut dengan kejadian itu berikutan kami sudah menetap di pangsapuri itu sejak tujuh tahun lalu,” katanya yang sudah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul.



sumber

http://ift.tt/1t00KU7





from KeZooM http://ift.tt/1wnH5B7

via Kezoom

malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.