Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Pemimpin gerakan baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini dengan memfailkan laporan polis mendakwa mempunyai maklumat yang mengaitkan BERSIH dengan kumpulan pengganas IS.


Lebih mengejutkan, menurut Jamal yang juga adalah Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, maklumat itu datangnya daripada Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Walau bagaimanapun, Rafizi, dalam satu kenyataan media, menafikan dakwaan Jamal dan menyifatkan beliau sebagai "badut paling besar dalam Umno".

Bercakap pada pemberita di luar ibu pejabat polis di Bukit Aman selepas memfailkan laporannya,

Jamal pada mulanya enggan menjawab ketika ditanya bagaimana dirinya mempercayai maklumat itu sedangkan majoriti ahli jawatankuasa pemandu BERSIH adalah bukan Islam.

Diasak mengenai jumlah ahli jawatankuasa pemandu yang didakwa diserapi oleh IS, Jamal berkata tidak perlu baginya untuk memberikan butiran.

"Biar polis yang buat kenyataan. Dan sesetengah maklumat ini saya dapat daripada (Setiausaha Agung PKR) Rafizi," katanya.

Minggu lalu, BERSIH menafikan dakwaan itu dan berkata pihaknya sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Jamal dan mereka yang membuat tuntutan tersebut.

Sementara itu, Rafizi mendakwa kepimpinan Umno sekarang “pening kepala bagaimana nak matikan badut yang makin tidak lucu ini”.

“Saya tidak pernah kenal Jamal. Saya tidak pernah bercakap dengan Jamal. Saya tidak pernah berhubung dengan Jamal. Saya tidak pernah bertumbuk dengan Jamal. Saya tidak pernah pun makan ikan bakar Jamal.

“Jamal mengarut, sebab itu jawabnya juga mesti mengarut. Melayan Jamal adalah membuang masa, saya tidak faham kenapa media sibuk mengejar Jamal. Sekarang Jamal sudah rasa di selebriti, kan dah sudah kita,” katanya lapor MalaysiaKIni





from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/2dGdEbW

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.