Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjumpai wang tunai yang dianggarkan hampir RM50 juta di dalam sebuah rumah salah seorang pegawai kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah dalam serbuan ke rumahnya semalam.


Sumber berkata, selain itu, SPRM juga menemui wang tunai dalam jumlah yang besar dalam salah sebuah kenderaan milik suspek.

"Siasatan awal mendapati salah seorang suspek yang merupakan ketua kepada suspek kedua ini mempunyai bilik khas untuk menyimpan wang berkenaan.

"Dia tidak menyimpan dalam bank, sebaliknya menyimpan wang tunai di rumah. Terdapat juga sejumlah besar barang kemas dan jam tangan pelbagai jenama," katanya.

Siasatan dilakukan berikutan SPRM menahan dua pegawai berkenaan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan memonopoli dan memberikan projek-projek yang dikendalikan jabatan tersebut kepada sanak saudara mereka.

Kedua-duanya yang berusia 54 dan 51 itu ditahan di pejabat mereka di Kota Kinabalu, Sabah kira-kira pada jam 9.15 pagi semalam.

Semalam, SPRM turut merampas wang tunai bernilai lebih kurang RM3 juta yang disimpan dalam peti besi di pejabat salah seorang pegawai kanan itu.

Kedua-dua pegawai kanan yang berjawatan pengarah dan timbalan pengarah di jabatan kerajaan yang mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion sejak tahun 2010 itu telah memonopoli kesemua projek dan diserahkan kepada adik-beradik mereka.

Hasil penyalahgunaan kuasa ini yang dipercayai bermula sejak tahun 2010 hingga kini, siasatan awal mempercayai mereka telah mengumpul harta kekayaan melebihi RM50 juta.

Sementara itu, seorang lagi suspek ditemukan wang tunai berjumlah hampir RM3 juta, dan simpanan dalam akaun bernilai puluhan juta ringgit.

Difahamkan, SPRM juga akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap mereka berdua hari ini di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.

Susulan tangkapan ini, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Datuk Azam Baki akan mengadakan sidang media khas di Kota Kinabalu petang ini lapor Sinar





from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/2e16aQ1

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.