Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas



Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan prestasi penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam pilihan raya umum jauh lebih baik daripada Datuk Seri Najib Razak walaupun seringkali tidur.



Bekas perdana menteri paling berkhidmat itu berkata, Abdullah mendapat 140 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada tahun 2008 berbanding Najib yang hanya berjaya mendapat 133 kerusi dalam PRU13.



“Pak Lah tidur pun dapat 143, dia (Najib) dapat 130 berapa,” soal Dr Mahathir merujuk kepada 140 kerusi dimenangi Barisan Nasional (BN) di zaman Abdullah dalam satu wawancara eksklusif bersama portal Perak Today.



Dr Mahathir berkata, beliau tidak bersetuju dengan tindakan pentadbiran Najib memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kerana ianya seperti “merasuah rakyat” menjelang pilihan raya.



“Kita tidak pernah bagi duit kepada orang, kita wujudkan pekerjaan untuk rakyat,” kata bekas presiden Umno itu merujuk kepada zaman pentadbirannya.



“Saya cuba beritahu dia (Najib) untuk hentikan BR1M. You nak tolong orang miskin, tolong. Banyak orang miskin yang betul-betul miskin, tolong dia orang.”



Dr Mahathir berkata, terdapat masyarakat Cina memberitahunya tindakan memberikan BR1M seperti rasuah kerana ianya diberikan menjelang pilihan raya.



“Dan mereka tidak akan mengundi. Lihatlah apa yang berlaku. Najib dapat sokongan yang kurang daripada Pak Lah,” katanya merujuk kepada nama gelaran Abdullah.



Menurut Dr Mahathir, kritikannya kepada Najib bukanlah sesuatu yang peribadi, tetapi kerana apa dilakukan perdana menteri.



“Sukar bagi saya untuk mengatakan sesuatu yang menentang dia (Najib). Ini kerana saya terlibat dalam menjadikannya perdana menteri.



“Dan dia adalah anak kepada Tun Razak. Dan Tun Razak adalah mentor saya,” katanya merujuk kepada ayah Najib yang juga perdana menteri kedua Malaysia Tun Abdul Razak Hussein.



Katanya Razak merupakan idolanya dan orang yang bertanggungjawab membantu karier politiknya sehingga menjadi perdana menteri.



“Kalau tidak sabit dia saya tidak jadi perdana menteri.



“Sebab saya terhutang budi terlalu banyak dengan Razak saya bantu Najib sejak awal lagi,” kata Dr Mahathir merujuk kepada tindakannya melantik Najib sebagai menteri besar Pahang pada usia 28 tahun lapor The Malaysian Insider









from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1FQE0cN

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.