Pages

Saturday, May 16, 2015

Berita Jackie Chan Meninggal Dunia PALSU - [Kezoom News]

Berita Jackie Chan Meninggal Dunia PALSU : Berita kematian pelakon terkenal, Datuk Jackie Chan yang tersebar menerusi laman sosial Facebook sejak minggu lalu telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat pelakon tersebut dari seluruh dunia.

Berita Jackie Chan Meninggal Dunia PALSU

Walaubagaimanpun, khabar angin kematian pelakon Shanghai Noon, Rush Hour dan Police Storytersebut disahkan sebagai satu berita palsu dan beliau dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

Menurut laporan MediaMass, berita palsu itu seperti ‘trend’ yang sering disebarkan pihak tidak bertanggungjawab menerusi laman sosial.

Terdahulu, berita kematian Jackie disebarkan secara meluas melalui laman sosial apabila satu akaun Facebook dibuat untuk pelakon itu yang dinamakan ‘R.I.P. Jackie Chan’ berjaya mengumpul hampir sejuta ‘like’.

Di samping itu, akaun itu juga memberi penerangan tentang kematian pelakon antarabangsa tersebut:

“Jackie Chan yang kita kasihi telah meninggal dunia pada hari Rabu (13 Mei 2015) kira-kira pukul 11 pagi. Beliau dilahirkan pada 7 April 1954 di Hong Kong. Pemergian Jackie Chan akan dikenang sampai bila-bila. Sila sampaikan salam takziah dan rasa simpati anda menerusi halaman ini dengan tekan butang ‘like’.”

Lantaran itu, rata-rata peminat pelakon yang berumur 61 tahun itu mula menyampaikan ucapan takziah pada halaman Facebook dan juga Twitter.

Walaubagaimanpun, terdapat peminat Jackie percaya bahawa berita kematian pelakon tersebut adalah palsu dan tidak sah kerana tiada laporan rasmi menerusi media perdana.

Mereka percaya ia adalah trend penyebaran berita kematian selebriti antarabangsa lain sejak kebelakangan ini

Dalam pada itu, satu tinjauan Celebrity Post mendapati sebahagian besar (74%) daripada respondsen memandang serius perkara tersebut dan berpendapat penyebaran berita palsu kematian pelakon itu tidak lucu.

sumber
http://ift.tt/1L8JHqM


from KeZooM http://ift.tt/1d5J1Yo
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

No comments:

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself