PARLIMEN Kerajaan mengeluarkan surat sokongan kepada 1MDB, milik penuh Kementerian Kewangan, untuk mendapatkan pinjaman RM540 juta dari Export-Import Bank of Malaysia Bhd (Exim Bank), yang juga milik kementerian berkenaan.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong memberitahu Parlimen semalam bahawa pinjaman itu kemudiannya digunakan untuk pembelian sebidang tanah oleh 1MDB di Pulau Indah, Selangor.
Dengan ini, Chua telah mengesahkan dakwaan laman web pemberi maklumat Sarawak Report, yang menyatakan bahawa 1MDB telah menerima pinjaman itu pada bulan Mac tahun ini.
Kerajaan telah mengeluarkan surat sokongan kepada Exim Bank bagi pinjaman yang diambil oleh 1MDB itu, kata Chua menjawab soalan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara).
Exim Bank, sebuah agensi kewangan yang ditubuhkan pada tahun 1995, ditugaskan untuk menyediakan kemudahan kredit untuk membiayai, menyokong eksport dan import barangan.
Semua pinjaman yang diberikan oleh Exim Bank kepada pelanggan telah memenuhi mandat daripada Exim Bank dalam menyokong syarikat-syarikat tempatan yang terlibat dalam pasaran pelaburan di luar negara, kata Chua.
Syarikat-syarikat berkenaan juga telah memenuhi kriteria, seperti penerimaan risiko yang ditetapkan oleh Exim Bank, katanya.
Chua juga menafikan bahawa 1MDB terlebih bayar kepada Tadmex Resources Bhd, dengan membayar RM20.80 bagi setiap kaki persegi (psf) untuk membeli tanah itu.
Penilaian tanah itu dilakukan oleh sebuah syarikat yang bebas, kata Chua sambil menambah (pembeli lain) membeli tanah di sekitar Pulau Indah pada harga antara RM55psf dan RM66psf.
Memetik Akta Institusi Kewangan dan Perbankan, Chua berkata Exim Bank tidak dapat mendedahkan lebih banyak maklumat dari dokumen yang berkaitan dengan pinjaman itu.
Dalam ucapan penangguhan Parlimennya sebelum itu, Pua bertanya sama ada kerajaan menyediakan surat sokongan bagi mendapatkan pinjaman dari Exim Bank, seperti yang dinyatakan oleh Sarawak Report.
Beliau juga bertanya sama ada kerajaan bertanggungjawab untuk membayar hutang itu sekiranya 1MDB gagal membayarnya.
Chua bagaimanapun tidak menyebut mengenai kewajipan kerajaan sekiranya 1MDB gagal membayar pinjaman itu. - Malaysiakini
from Lagi Berita http://ift.tt/1dHdJXx
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself