Halloween party ideas 2015

Kerana Kucing, Makcik Ini Menangis Teresak-Esak Di Tepi Jambatan P.Pinang | Kasih sayang tidak memiliki sempadan dan luas terbentang untuk makhluk di muka bumi ini berkongsi rasa.

Kerana Kucing, Makcik Ini Menangis Teresak-Esak Di Tepi Jambatan P.Pinang

Satu kisah yang dimuat naik di Facebook Penang Kini, telah menyentuh hati ramai orang kerana memperlihatkan hubungan erat antara seorang manusia dan haiwan kesayangannya.

Kisah benar tersebut diceritakan oleh seorang individu yang menjadi saksi kejadian.

Menurutnya, ketika pulang dari tempat kerja menggunakan laluan jambatan Pulau Pinang, dia ternampak seorang wanita Melayu memarkir kenderaannya di tempat kecemasan sambil menangis teresak-esak.

Oleh kerana prihatin, dia turun bertanyakan situasi wanita tersebut.

Cerita wanita yang dipanggil mak cik itu, meter suhu keretanya naik lantas dia terpaksa memberhentikan kenderaannya di situ.

Apabila dia membuka bonet hadapan keretanya untuk pemeriksaan, dia terkejut apabila terlihat kucing kesayangannya tersangkut di bahagian enjin.

Lagi memilukan, saat dia menyedari tentang kejadian tersebut, kucingnya itu telahpun mati akibat suhu panas di bahagian enjin.

Kerana Kucing, Makcik Ini Menangis Teresak-Esak Di Tepi Jambatan P.Pinang

Malah, menurut individu tersebut, bau bulu dan daging terbakar turut dapat dihidu ketika bonet terbuka. Kasihannya…

Mak cik tersebut berkata, ketika hendak keluar dari rumah sebelum itu, kucing berkenaan sememangnya mahu mengikutnya, namun dihalang. Lantas si kucing menghilangkan diri.

Tanpa disedari, rupa-rupanya si kucing telah masuk ke bahagian enjin dan akhirnya tersangkut di situ sebelum mati.

Apa yang menambahkan kesedihan di hati wanita itu adalah kerana kucing itu memiliki anak yang masih menyusu.

Sabarlah mak cik… harapnya anak-anak kucing yang kematian ibunya itu dapat jadi pengganti dan menggembirakan hati mak cik, ya!

sumber
http://ift.tt/1Cb4VPz


from KeZooM http://ift.tt/1Cb4VPA
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.