Halloween party ideas 2015

Air Asia Tuntut RM409 Juta Dari MAHB, Kerajaan Terkejut! | Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata kerajaan agak terkejut mengenai surat tuntutan AirAsia Bhd berjumlah RM409 juta kepada Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd semalam.

Air Asia Tuntut RM409 Juta Dari MAHB, Kerajaan Terkejut!

"Kerajaan terperanjat (dengan surat tuntutan itu) kerana saya lihat tidak ada masalah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk pesawat berlepas dan mendarat, dan tidak ada satu pun penerbangan yang dibatalkan.

"Saya membuat tinjauan dengan syarikat penerbangan lain dan mereka semua kata okey," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai

AirAsia dalam satu kenyataan semalam berkata tuntutan adalah akibat kerugian dan kerosakan yang dialami syarikat akibat penggunaan klia2 serta Terminal Tambang Rendah (LCCT) sebelum ini.

Syarikat itu juga mendakwa MAHB telah melanggar kontrak penjagaan selaku pengendali lapangan terbang sekali gus menyebabkan AirAsia menanggung kerugian.

Ab Aziz berkata, pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sebelum ini sudah membuat pengesahan bahawa klia2 layak untuk beroperasi, namun kementerian akan terus meneliti kes berkenaan. - BERNAMA

sumber
http://ift.tt/1KHJag1


from KeZooM http://ift.tt/1MZPHTo
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.