SHAH ALAM - Susulan tindakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah yang mengiisytiharkan dirinya secara rasmi sebagai Pengerusi Harapan Baru Terengganu, Pas Terengganu mengambil keputusan untuk tidak lagi bekerjasama dengan beliau lagi.
Setiausaha Pas Kawasan Kuala Terengganu Mohd Soud@Said@Mat Ali berkata, keputusan itu diambil setelah hasil mesyuarat Pas Kuala Terengganu semalam.
"Pas kawasan Kuala Terengganu yang bermesyuarat pada 1hb Ogos 2015 berpegang kepada perkeliling isu Harapan Baru yang dikeluarkan Pas Pusat bertarikh 29hb Julai 2015 rujukan: PAS/PA/2.01/15-17(8) antaranya tidak lagi mengabungkan diri, bekerjasama, memberi apa-apa jua bantuan atau kemudahan kepada Ahli Parlimen Kuala Terengganu," petik kenyataan rasmi Pas Kuala Terengganu hari ini.
Terdahulu, Kamarul Bahrin mengumumkan bahawa beliau sebagai Pengerusi Harapan Baru Terengganu dalam satu himpunan Harapan Baru pada 31 Julai 2014 di Jerteh, Terengganu. - SH
from Lagi Berita http://ift.tt/1Ufeas6
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself