Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ab Aziz Kaprawi menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai panglima perang orang Islam menyebabkan beliau terpaksa berahsia dalam banyak perkara.
Menurutnya, keadaan itu mungkin menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak yang terus melemparkan tuduhan.
“Kita patut sokong dan sanjung Perdana Menteri. Adakah patut kita nak jatuhkan beliau diamanahkan mengetuai jentera perang kita?
"Panglima perang penuh rahsia, mana boleh nak hebahkan kepada semua kerana kekuatan kita perlu dirahsiakan,” katanya di Taman Gadong Jaya di sini, kelmarin.
Mengenai isu RM2.6 bilion, katanya, ia sudah diperjelaskan dan sepatutnya tidak ditimbulkan.
“Sebenarnya ada sesetengah pihak ambil kesempatan nak jatuhkan Najib,” katanya lapor Sinar Harian
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1TMrgPy
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself