Halloween party ideas 2015

Rumah Sabri Yunus Hampir Di Rompak | Rumah penggiat seni, Sabri Yunus, di Taman Mega Jaya, Ampang, nyaris dirompak dalam satu kejadian yang berlaku pada pukul 11.50 malam tadi.
Menurutnya, sewaktu kejadian berlaku, dia sedang leka menonton televisyen sebelum menyedari ada bunyi bergesel di pintu rumahnya.

Rumah Sabri Yunus Hampir Di Rompak

“Apabila anak saya buka pintu, terlihat seorang lelaki yang tidak dikenali dan dia menutup terus pintu dengan kuat.

“Waktu itu saya suruh dia hubungi polis sebelum membuka pintu beberapa minit selepas itu dan mendapati lelaki itu sudah tiada,” katanya.

Menurut Sabri, kelibat lelaki yang cuba merompak itu bagaimanapun dikesan oleh jiran-jirannya sewaktu dia sedang menyorok di bumbung surau berdekatan.

“Saya dan jiran-jiran mencari di keliling surau tetapi selepas polis sampai, barulah kami nampak dia sudah pengsan selepas terjun dari bumbung surau.
“Polis beritahu saya lelaki itu adalah warga asing dari Myanmar,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu, Sabri meminta supaya pengawasan dilakukan di kawasan kejiranannya.

“Kawasan ini terlalu ramai warga asing. Mereka ini selalunya mabuk dan kebelakangan ini mengganggu masyarakat.

“Kalau boleh biarlah perkara ini diambil tindakan terlebih dahulu sebelum berleluasa dan menjadi lebih buruk,” jelasnya.


sumber
http://ift.tt/25TN7tk


from KeZooM http://ift.tt/22nrI75
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.