Halloween party ideas 2015





Bintang Bollywood, Kajol, 40, mengakui Kuch Kuch Hota Hai bukan hanya sebuah filem, sebaliknya memori peribadi paling manis bersama teman baiknya.

Katanya, filem pecah panggung yang sudah 16 tahun berlalu itu tidak pernah jemu ditonton berulang kali hingga kini.






"Kuch Kuch Hota Hai adalah kenangan rakan-rakan saya. Saya sangat menyukainya malah filem ini menjadi sebahagian hidup saya, " katanya selepas pelancaran saluran baharu Astro, BollyOne HD, di sini, malam ini.



Pelakon Kabhi Khushi Kabhie Gham itu bagaimanapun muncul sendirian tanpa ditemani suami, Ajay Devgan.



Tampil anggun mengenakan sari rona hitam putih, beliau meluangkan masa sejam sekali gus menyempurnakan pelancaran saluran pertama filem terbaharu Bollywood dalam kualiti HD (definisi tinggi). - BH





from Informasi Hangat Terkini http://ift.tt/1pekPW9

via Malaysian News - Dewa89s

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.