Halloween party ideas 2015

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai dicabul tiga kanak-kanak lelaki semasa dalam jagaan pengasuhnya di sekitar kawasan perumahan di Rumah Pangsa Sri Kedah Fasa 1A, di sini, kelmarin.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, ibu bapa kanak-kanak berkenaan mendapat tahu tentang perkara itu selepas dimaklumkan oleh anak jiran yang dikenalinya.









"Mereka memberitahu ibu bapa mangsa yang anaknya dirogol oleh tiga kanak-kanak lelaki berusia sembilan sehingga 12 tahun di sekitar kawasan flat tersebut. Mangsa ketika ditanya oleh ibunya sama ada benar dirogol atau tidak, hanya menangis dan tidak bercakap apa-apa.



"Berikutan bimbang, ibu mangsa berusia 36 tahun membuat laporan polis pagi semalam selain bertujuan membuat pemeriksaan lanjut berhubung perkara itu di hospital," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.



Menurut Kong Meng, hasil pemeriksaan yang dilakukan di hospital bagaimanapun menunjukkan kanak-kanak tersebut tidak dirogol.



"Suspek bukan anak pengasuh tetapi dipercayai kanak-kanak yang tinggal di kawasan flat yang sama dengan rumah mangsa dan pengasuhnya.



"Kita akan panggil mangsa dan ibunya untuk membantu siasatan," katanya.



Tambah Kong Meng, pihaknya tetap menyiasat kes tersebut dari sudut lain untuk menentukan sama ada mangsa dicabul dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan. - Utusan





from Informasi Hangat Terkini http://ift.tt/1t1SwwT

via Malaysian News - Dewa89s

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.