Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan isu menyentuh anjing yang mendapat liputan meluas seolah-olah menjadi ancaman negara sedangkan banyak masalah lain yang boleh dibincangkan.



"Banyak orang Islam yang terlibat dalam kancah perjudian dan syarikat arak. Keluarga menteri juga mendapat kontrak jutaan ringit label keselamatan minuman keras.



"Ada ustaz berbicara tentang ini dan mereka yang banyak meminum arak," katanya dalam himpunan Rakyat Hakim Negara di Seberang Jaya malam tadi.



Beliau merujuk kepada acara "I Want to Touch a Dog" yang diadakan pada Ahad dengan 1,000 hadirin hadir termasuk di kalangan umat Islam.



Acara yang bertujuan menghilangkan rasa takut terhadap haiwan berkenaan mengundang kecaman pelbagai pihak termasuk ulama dan pihak berkuasa agama.



Kritikan luas juga mendakwa acara berkenaan satu cubaan menghina institusi ulama dan kini pihak berkuasa agama sedang menyiasat acara itu.



Penganjurnya yang beragama Islam kini menjadi sasaran di Internet apabila menerima ugutan bunuh.



Anwar berkata, beliau ditanya di Twitter sama ada menyokong tindakan orang Islam memegang anjing yang disifatkan menanggung najis atau tidak.



“Saya kata tidak. Jika (orang Islam) mahu menyentuh anjing, mereka perlu samak selepas itu. Apa masalahnya?



“Adakah orang Islam mahu memegang anjing merupakan isu nasional yang mengancam negara?,” katanya.



Mengulas isu itu, Anwar dalam nada berseloroh berkata orang Islam juga akan berdepan masalah menyentuh wang kertas jika sebelum ini ia dipegang oleh orang Cina yang memakan babi.



Beliau turut mengundang gelak tawa hadirin apabila bertanya keperluan samak jika berpeluk dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.






“Dia peluk saya bila kami bertemu maka adakah perlu saya samak selepas itu?,” katanya.



Anwar yang juga ketua umum PKR berkata ini mungkin merupakan ceramah terakhirnya jika rayuan di Mahkamah Persekutuan minggu depan tidak berjaya.



Katanya, satu contoh kepada generasi muda perlu diberikan dan menunjukkan kepada mereka perjuangan membawa perubahan kepada negara.



“Jika ada keperluan memberi kesedaran kepada generasi muda, saya akan hadapi ujian itu.



“Selepas saya, N Surendran, Mat Sabu, beratur… Mereka fikir jika saya dipenjarakan, PR akan hancur tetapi tidak. Ia akan lebih kuat menentang BN. Ini sumpah kami,” katanya.



Ceramah dimulakan sedikit lewat apabila hujan lebat malam tadi namun hadirin datang membawa payung dan baju hujan yang menyebabkan ceramah diteruskan dan mereka yang hadir bertambah.



Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata perjuangan bukanlah semata-mata demi Anwar tetapi keadilan seluruh rakyat Malaysia.






“Sama ada Anwar bebas atau dipenjarakan, perjuangan PR tetap diteruskan,” katanya yang melihat perjuangan pakatan itu sejak dulu dan akan terus tenang menghadapi hari muka.



Menyambut baik gesaan itu, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata:“Jika beliau dipenjarakan 5 tahun, kita akan tunggu. Akan terdapat gelombang reformasi seluruh negara yang akan membantu beliau dibebaskan lebih awal.”






Sementara itu Mohamad Sabu yang juga timbalan presiden PAS berkata Bajet 2015 sesuatu yang bagus namun ‘menipu’ dalam pelaksanaan.






Katanya, ini kerana bajet tidak menyebut perbelanjaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya ke luar negara.



“Masalah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa akan berterusan,” katanya.



Mohamad berkata, Indonesia mempunyai masalah rasuah yang lebih besar namun kerajaannya memenjarakan 8 menteri dan sebelum presiden baru Joko Widodo melantik menteri Kabinet, nama mereka diserahkan kepada Agensi Anti Rasuah Indonesia bagi memastikan nama itu bersih.



Katanya, siaran televisyen di republik itu menyiarkan calon presiden dari parti lawan lapor The Malaysian Insider









from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1sSt36G

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.