Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas



“Itu bukan Dyana. Dyana dan Zairil tak bercinta!” itu yang ditegaskan ibu Dyana Sofya Mohd Daud, Yammy Samat berhubung penyebaran gambar intim mirip bekas calon PRK Parlimen Teluk Intan itu bersama Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.



Menurutnya, penyebaran gambar itu sebagai fitnah terbaru terhadap anaknya oleh pihak-pihak tertentu yang mahu merosakkan imej DAP sekali gus melihat Dyana Sofya disingkirkan dari parti itu.



Beliau berkata, tindakan itu juga dilihat sebagai cubaan mengalih perhatian terhadap isu-isu semasa yang lebih besar.



“Kalau (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, mereka boleh fitnah dan reka gambar macam-macam, inikan pula Dyana. Ini bukan benda baharu, masa PRK Teluk Intan pun berlaku.



“Jika difikirkan secara logik, sebagai seorang ahli Parlimen yang dihormati, takkan Zairil nak buat perkara yang jejas imej macam itu,” katanya semalam.



Yammy berkata, individu mahupun kumpulan yang sengaja mereka-reka cerita dan menyebarkan gambar ini jelas ketandusan modal.



Menurutnya, beliau belum memikirkan sebarang tindakan lanjut berhubung isu itu memandangkan beberapa kes mahkamah yang sudah difailkan terhadap beberapa ahli politik sedang berjalan lapor Sinar Harian



from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1vSzGcW

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.