SHAH ALAM - Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak dan pada masa sama melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak ubah umpama menggali gaung kepada golongan marhaen.
Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan berkata, kenaikan harga minyak dan GST bakal melonjakkan lagi inflasi pada tahun hadapan yang kesannya cukup menghimpit golongan berpendapatan rendah.
"Gaung ini adalah satu penjara yang dicipta BN bagi golongan ini di mana pemberian BR1M secara ansuran dijadikan satu senjata untuk membudayakan mereka untuk terus bergantung hidup pada kerajaan.
"Dengan pengurangan subsidi yang dilakukan dan peningkatan pemberian BR1M dari tahun ke tahun yang menyebabkan kenaikan kadar inflasi jauh melebihi kadar pendapatan, golongan ini akan terus terperangkap di dalam penjara yang dicipta BN," ujarnya.
Tuan Ibrahim turut menimbulkan persoalan sama ada pemberian BR1M ini sebagai strategi kerajaan terus mendapatkan sokongan rakyat untuk kekal berkuasa.
"Ini tidak mustahil berdasarkan apa yang disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Agung tahunan MCA di mana beliau mengingatkan masyarakat Cina tidak patut menuntut sesuatu daripada kerajaan jika mereka menyokong pembangkang.
"Berdasarkan logik ini, apakah BR1M sebenarnya adalah satu strategi politik yang dijelmakan sebagai bantuan daripada kerajaan untuk mendapatkan undi rakyat bagi BN?," soal beliau.
Jelas Tuan Ibrahim, jumlah peruntukan yang begitu besar untuk pemberian BR1M dan juga penjimatan untuk kenaikan harga minyak sepertimana yang dinyatakan dalam Bajet 2015 membenarkan dakwaan "gaung ini sengaja digali untuk rakyat marhaen."
"Kenaikan harga minyak akan menyebabkan kenaikan harga barangan. Oleh kerana harga barangan melambung, rakyat perlu membayar lebih untuk GST, kerana 6 peratus akan dikenakan pada barang dan perkhidmatan yang sudah dinaikkan harga dan bukan harga sekarang.
"Pada akhirnya, segala apa yang diberi kepada rakyat sebenarnya akan dipungut kembali oleh kerajaan. Yang berbeza ialah rakyat telah ditolak ke dalam gaung dan terpaksa bergantung hidup dengan pemberian kerajaan," katanya.

from indah.com http://ift.tt/1wDhd0L
Dapatkan informasi informasi terbaru dan terhangat dengan cara klik join this blog, atau follow dengan email subscribe, dukungan andalah yang membuat blog ini akan terus berkreasi dan tetap ada di jajaran google search, jangan lupa untuk memberikan kometar dan jadikan ilmu yang anda baca ini berguna tidak bagi anda seorang, tetapi lebih baik lagi jika anda menyebarkannya dan membuat orang lain tahu apa yang anda ketahui hari ini, selamat beraktifitas.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself