Sinar Harian
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] PKR tidak akan menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah yang akan dibawa ke Parlimen bagi meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (pindaan 2015) atau hukum hudud.
Dalam kenyataan bersama tujuh pimpinan tertinggi parti itu, mesyuarat biro politik memutuskan PKR tidak boleh menyokong RUU Persendirian itu atas dua faktor utama iaitu, tidak dimaklumkan mengenai perkara itu, ia menjadi cadangan ‘unilateral’ selain bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; timbalannya, Azmin Ali; naib presiden, Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli ; Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, selain tidak memaklumkan dalam mesyuarat 18 Mac lalu, mereka menolak kerana prinsip Fiqh Al-Awlawiyyat, Maslahat Ummah dan Maqasid Syariah.
“Mengikut Peraturan Tetap Dewan Rakyat, sebarang RUU hanya akan dibahaskan dengan restu pihak kerajaan. Hakikatnya, tidak ada seorang pimpinan tertinggi Umno atau BN pun yang membuat kenyataan terbuka dan jelas mengenai pendirian mereka berkenaan RUU Persendirian tersebut jika di bawa ke Parlimen, termasuklah (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“PKR menggesa kerajaan Umno-BN untuk menjelaskan sama ada ia merestui RUU Persendirian tersebut dibahas dan diundi di Parlimen,” katanya.

from indah.com http://ift.tt/1xbhEEL
Dapatkan informasi informasi terbaru dan terhangat dengan cara klik join this blog, atau follow dengan email subscribe, dukungan andalah yang membuat blog ini akan terus berkreasi dan tetap ada di jajaran google search, jangan lupa untuk memberikan kometar dan jadikan ilmu yang anda baca ini berguna tidak bagi anda seorang, tetapi lebih baik lagi jika anda menyebarkannya dan membuat orang lain tahu apa yang anda ketahui hari ini, selamat beraktifitas.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself