Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas



Memalukan.. dah berapa kali punya kantoi pemimpin UMNO yang dilantik sebagai Menteri oleh Najib ni aku tak berapa pasti dah..



Semalam dia tolong promote Mydin kononnya pasaraya tu tak kenakan GST malah menyerap GST dengan memotong hampir RM15 Juta keuntungannya..



Hari ini berpuluh-puluh gambar resit pembelian di Mydin dimuatnaik dalam Facebook dan juga Blog serta WhatsApp menunjukkan sebaliknya..



Ni antara resitnya..






Nampak tak?.. mudahnya Ahmad Maslan diperbodohkan oleh pemilik pasaraya itu.



Hari ini pulak dengan bangganya dia berkata sambil meluahkan rasa terkejut apabila “hanya” 800 aduan berkaitan cukai baru itu dibuat



"Perkara itu menunjukkan permulaan baik kepada pengganti cukai jualan dan perkhidmatan (SST) itu.



“Pada mulanya kami jangkan mungkin ada 8,000, 18,000 atau 80,000 aduan, memandangkan rakyat Malaysia sebanyak 30 juta,” katanya.



"Kerajaan hanya menerima 815 aduan berhubung langkah kerajaan melaksanakan GST, sebuah cukai kontroversi yang ditentang aktivis dan pembangkang.



Malangnya dakwaan Ahmad Maslan itu terbukti sebagai cubaan memperbodohkan rakyat Malaysia kecuali macai..(sebab macai ni tak payah nak perbodohkan pun.. sebab dah memang bodoh!) dikantoikan oleh sahabatnya Hasan Malek..



Hasan Malek kata 23,000 aduan diterima bukannya 800 macam yang Ahmad Maslan cakap tu.. kah.. kah.. kah..



Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata lebih 23,000 aduan mengenai GST telah difailkan melalui aplikasi MyKira GST semalam.



Ini bercanggah dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan bahawa terdapat hanya 800 aduan mengenai GST semalam.



Daripada 23,871 aduan yang telah dibuat melalui MyKira GST semalam, 8,618 aduan adalah mengenai harga di luar margin (keuntungan yang boleh diterima), kata Hasan kepada pemberita dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.



Kementerian Hasan telah membangunkan aplikasi MyKira GST bagi membolehkan pengguna menyemak harga lebih 10,000 barangan ~ Malaysiakini



Tapi.. kantoi macam mana sekalipun si Ahmad Maslan tu tak akan rasa bersalah dan malu punyalah..dah biasa..









from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1y3oPiX

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.