Abd Halim Abdul Hamid, bapa aktivis Adam Adli, menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.45 pagi ini di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang selepas terlibat dalam kemalangan teruk malam tadi.
Kejadian berlaku ketika beliau menunggang motosikal di Penaga, Kepala Batas selepas bertemu sekumpulan wartawan Keadilan Daily dan petugas Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, lewat petang semalam.
Dalam temubual terakhir lebih sejam bersama Keadilan Daily, Allahyarham sempat berbicara perihal Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) termasuk hasratnya untuk menyertai dalam perhimpunan 1 Mei nanti.
Allahyarham juga turut menawarkan penginapan di rumahnya di Permatang Bertam, Kepala Batas kepada wartawan terbabit, termasuk penulis berita ini, yang baharu sahaja tiba di Permatang Pauh semalam untuk membuat liputan PRK Parlimen itu.
Allahyarham akan dikebumikan di Kepala Batas selepas solat Jumaat.
Adam Adli mendapat perhatian media selepas bekas pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris itu menurunkan bendera yang tertera gambar Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno beberapa tahun lalu.
Ekoran itu, dia dipecat dari universiti tersebut. Kini, beliau sedang mengikuti pengajian Ijazah Undang-undang di Asia College, Brickfields.
Abd Halim merupakan penyokong kuat anaknya itu, yang pernah beberapa kali ditahan polis lapor KeadilanDaily
Komunikasi aku yang terakhir dengan Allahyarham ialah dua hari yang lepas.. tanda dah ditunjukkan tapi aku yang tak jelas..
Apa pun.. bersamalah kita mendoakan agar roh Allahyarham di tempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman..
Semoga rohnya tenang di sana...
Al-Fatihah!!
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1yZJ2GT
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself