Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Siapalah agaknya yang nak dibohongi oleh Naib Presiden MCA Chew Mei Fun mengenai kegagalan MCA di Permatang Pauh ni?

Katanya “Kalau kita lihat di Kampung Sungai Lembu saja, undi Cina memang berpindah kepada BN, namun ia masih tidak mencapai matlamat seperti mana diharapkan.

“Ini mungkin kerana kita menghadapi kekangan daripada isu GST dan 1MDB.

Tentang faktor GST dan 1MDB itu memang ada kebenarannya kerana ia turut diakui oleh Pemuda UMNO Pulau Pinang tapi jika dikatakan undi Cina berpindah kepada BN itu satu pembohongan..

Semasa PRU13 yang lalu PKR hanya mendapat 185 undi atau 38.8% saja di Sungai Lembu yang 98.5% pengundinya terdiri dari Kaum Cina atau Tiong Hua..

Tetapi pada PRK P044 2015 baru-baru ini PKR memperolehi 282 undi iaitu 69.1% undi bersamaan dengan 30.3% peningkatan.

Manakala BN hanya memperolehi 123 undi atau 30.1% undi dari keseluruhan 408 pengundi yang keluar mengundi..

Dulu BN menang di kawasan ni.. tapi baru-baru ni kalah.. macam mana pulak MCA kata ada peningkatan pengundi Cina kepada BN di Sungai Lembu nih?

Siapalah yang dia nak bohong tu...?

Laporan berkaitan...

Walaupun sebahagian undi Cina di Permatang Pauh berpindah kepada BN, Naib Presiden MCA Chew Mei Fun berkata ia masih tidak mencapai matlamat seperti diharapkan. 
Malah, Chew berkata isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan 1MDB menjadi halangan utama kepada BN untuk mendapat undi Cina lebih tinggi dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh. 
“Kalau kita lihat di Kampung Sungai Lembu saja, undi Cina memang berpindah kepada BN, namun ia masih tidak mencapai matlamat seperti mana diharapkan. 
“Ini mungkin kerana kita menghadapi kekangan daripada isu GST dan 1MDB. 
“Jika bukan dua isu itu, saya yakin undi Cina yang berbalik kepada BN mungkin lebih tinggi," kata Chew dalam satu sidang media hari ini di pejabat MCA di ibu negara. 
'Selesai masalah 1MDB segera' 
Chew bersetuju jika isu 1MDB tidak diselesaikan secepat mungkin, prestasi BN, khususnya MCA, dalam pilihan raya akan terus terjejas. 
Beliau menyeru pihak berkenaan menjelaskan isu MDB kepada rakyat dan menyelesaikannya secepat mungkin. 
“Ini satu fakta yang tidak dapat dinafikan, bukan sahaja MCA dan saya berpendapat begitu, saya rasa seluruh rakyat Malaysia pun rasa begitu. 
“Jadi saya berharap masalah 1MDB dapat diselesaikan secepat mungkin dan memberi satu penjelasan kepada rakyat," kata Chew. 
'Kem latihan untuk ahli' 
Chew berkata kedua-dua menteri MCA semestinya sudah mengemukakan pandangan MCA terhadap 1MDB dalam kabinet dengan harapan mendapat satu jawapan yang jelas. 
Katanya, pihak berkenaan mesti membuat penjelasan kepada rakyat terutamanya pihak pentadbiran 1MDB. 
Mengenai kritikan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir terhadap Perdana Menteri Najib, Chew tidak mahu membuat komen. 
Sementara itu, MCA akan mengadakan "kem latihan" kepada ahli MCA agar mereka lebih jelas akan matlamat perjuangan politik parti itu. 
Kem latihan itu menumpukan kepada ahli MCA yang menyertai parti sejak tahun 2012, ahli MCA yang tidak pernah menyertai latihan dan ahli parti yang berumur 45 tahun ke bawah. 
Sebagai permulaan, MCA akan mengadakan 15 kem latihan mulai 12 Mei sehingga Desember tahun ini. 
Chew berkata, ia bertujuan untuk memastikan ahli MCA lebih jelas mengenai ideologi dan perjuangan MCA. 
Katanya, ia juga bertujuan untuk menambah keupayaan berfikir ahli MCA agar tidak mengikut bulat-bulat segala maklumat di alam maya internet lapor Malaysiakini





from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1bOMsRr

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.