Halloween party ideas 2015

NEW YORK 10 Mei – Seorang pengumpul hasil seni, Forrest Fenn mencetuskan pencarian harta karun besar-besaran selepas mendedahkan dia menyembunyikan satu peti mengandungi emas dan barangan kemas bernilai berjuta-juta dolar di kawasan Pergunungan Rocky, lima tahun lalu.


Portal Oddity Central melaporkan, setakat ini, puluhan ribu orang telah menyertai pencarian untuk menjejaki peti tersebut.

Fenn yang meminati aktiviti pengembaraan mendedahkan, dia menyembunyikan petunjuk lokasi peti tersebut dalam bukunya bertajuk The Thrill of the Chase.

Jutawan itu menyatakan, dia mendapat idea untuk menyembunyikan hartanya tersebut selepas dikesan menghidap kanser buah pinggang pada 1988.

“Apabila dimaklumkan saya mempunyai peluang tipis untuk pulih, saya terfikir cara untuk berkongsi kemewahan yang saya miliki.

“Ketika dirawat untuk penyakit ini, saya membeli sebuah peti diperbuat daripada gangsa dan mengisinya dengan pelbagai koleksi sejarah dan antik yang telah saya kumpul,’’ katanya yang kini pulih daripada penyakit itu.

Beliau berkata, beberapa orang termasuk pemberita akhbar New York Times, Douglas Preston menjadi saksi kandungan harta karun tersebut sebelum dia menyembunyikan peti berkenaan.

“Antara barangan dalam peti itu adalah 256 syiling emas, kepingan emas sebesar telur ayam, patung kecil diperbuat daripada batu jed China, artikel haiwan pra-Cloumbia, batu-batu delima, zamrud, biru nilam, dan berlian,’’ katanya.

Fenn hanya mengesahkan peti itu mungkin berada di Colorado, Montana, New Mexico, atau Wyoming tetapi orang ramai perlu mengikut petunjuk yang diberikannya untuk mencarinya.

Beliau berkata, dia tidak kisah jika peti itu tidak ditemui dalam tempoh seribu tahun. - Utusan

from Lagi Berita http://ift.tt/1bJ88yt
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.