Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyifatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengaibkan diri sendiri kerana membocorkan rahsia pertemuan mereka yang diadakan di Yayasan Al-Bukhari pada 13 Mac yang lepas.

Tegas Pandikar, pertemuan yang dikatakan perbincangan hati ke hati dan seumpama seorang anak dan ayah itu diakui memang berkisar kepada isu mahu meletakkan jawatan kerana kecewa dengan sistem Parlimen pada masa itu.‎

‎ "‎Saya mohon kemaafan jika ia mengguris hati Tun M, saya tak mahu aibkan dia, sebagai respon Tun M semalam yang menyifatkan saya memalukan dia, bagi saya kenyataan Tun M yang memalukan dirinya sendiri apabila melanggar etika kerahsiaan yang seharusnya pertemuan itu tidak patut dizahirkan kepada sesiapa.‎

"Saya jumpa Tun M di Yayasan Bukhari pada 13 Mac lepas. Dalam pertemuan itu kami bincang banyak perkara politik semasa dan saya akui sudah curahkan isi hati kekecewaan dan tugas Yang Dipertua Dewan Rakyat selain meluah rasa hendak meletak jawatan Speker‎.

‎ "Saya curahkan isi hati kepada Tun M seumpama seorang anak kepada bapa. Seperti mana dimaklumkan, Tun M mungkin terlalu ghairah ‎hendak menjatuhkan Najib kerana menyarankan saya untuk meletak jawatan," katanya semasa sidang media di kediaman rasminya di sini hari ini.

Sidang media yang diadakan di Bukit Tunku berlangsung kira-kira 20 minit pada sekitar jam 2.00 petang Selasa.

Pandikar juga memaklumkan bahawa dia tidak akan mempengerusi mesyuarat pertama penggal ketiga di Parlimen pada 11 Mac lepas.

"Saya kata tugas saya akan diambil kedua-dua timbalan dan seperti yang sedia maklum, saya tidak ada untuk mempengerusikan mesyuarat," ujarnya.

Bagaimanapun katanya, dia bertemu Najib pada 19 Mac dan membincangkan mengenai soal politik negara dan isu perletakan jawatannya kepada Perdana Menteri.

"Saya maklumkan untuk meletakkan jawatan dengan serta merta, namun Najib tidak menerima surat itu dan bertanya apa masalah saya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

"Saya memperincikan masalah di Parlimen kepada Najib seperti isu pentadbiran Parlimen yang tidak memberi kerjasama kepadanya.

"Rintihan saya disambut selain memberitahu tugas Speaker itu tidak boleh mengikut kepada arahan sesiapa," jelasnya.

Jelasnya lagi, Dr Mahathir juga sepatutnya menghubunginya terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian samada beliau telah benar-benar mahu meneruskan hasratnya untuk meletakkan jawatan atau tidak dan bukannya hanya berdasarkan perbincangan sulit yang diadakan pada Mac lepas.

Pada akhir sidang media tersebut, Pandikar berseloroh dengan berpesan kepada wartawan agar tidak mengejarnya lagi di Parlimen untuk bertanya isu berkenaan.

"Saya harap selepas ini semua selesai, jangan kejar saya di parlimen atau telefon saya untuk isu ini lagi," katanya.

Tun Mahathir baru-baru ini, berkata Pandikar telahpun meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat lapor Astro Awani




from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1PT4uj7

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.