Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak semalam menggesa pihak pengurusan dan lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meletakkan jawatan kerana dilihat tidak bertanggungjawab menangani dakwaan salah urus kewangan syarikat sarat hutang itu.

Nazir berkata, mereka sepatutnya segera melantik juruaudit bebas, dan bukan hanya menunggu tindakan daripada ketua audit negara.

“Langkah segera yang dilakukan sebuah lembaga pengarah bertanggungjawab ialah melantik juruaudit bebas serta merta, sekiranya tidak, saya berpendapat lembaga pengarah dan pengurusan perlu letak jawatan," kata Nazir seperti dilaporkan akhbar The Star sebagai memberitahu media di sebuah majlis Asean Business Club (ABC) semalam.

"Ia adalah tanggungjawab asas. Terdapat ketidakyakinan yang besar terhadap kewangan anda. Anda perlu menanganinya dengan rasa tanggungjawab. Tetapi anda duduk di situ menunggu ketua audit negara.

"Bagi saya, ini tidak bertanggungjawab. Jika ini tindakannya, lebih baik letak jawatan dan biar orang lain ambil alih."

Kenyataan Nazir yang juga merupakan adik kepada Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan lembaga penasihat 1MDB, dibuat ketika tahap kewangan syarikat yang dibebani hutang RM42 bilion itu terus dipersoalkan.

Terbaru, syarikat itu dikatakan berdepan dengan tindakan 6 bank luar negara yang mahunya segera melangsaikan hutang berjumlah AS$975 juta (RM3.6 bilion).

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy, bagaimanapun enggan mengulas dengan memberi alasan ia melibatkan butiran perbankan sulit.

Sebelum ini, berikutan kritikan meluas penjualan tanah oleh 1MDB kepada Lembaga Tabung Haji pada harga RM188.5 juta, pelbagai pihak menggesa dipercepatkan laporan audit bebas yang diarahkan Kabinet.

Selasa lalu, Jabatan Audit Negara berkata laporan awal pengauditan akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) selewat-lewatnya akhir Jun ini.

"Jabatan Audit Negara sememangnya memberi keutamaan terhadap tugasan ini," kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang lapor The Malaysian Insider

from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1Hke9zM

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.