Halloween party ideas 2015

Polisi pengambilan pembantu rumah yang memakan tempoh lama serta memakan kos tinggi oleh Putrajaya menimbulkan kebimbangan lebih ramai warganegara Indonesia akan memilih untuk bekerja di Malaysia secara haram, kata Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (Pikap) Datuk Raja Zulkefly Dahalan.

Beliau berkata, buat masa ini, perjanjian persefahaman (MoU) antara Indonesia dan Malaysia mengenai kemasukan pembantu rumah merupakan satu kegagalan besar kerana setakat ini hanya 3,000 sahaja tenaga kerja dapat dibawa masuk ke Malaysia.

"Bagi saya MoU itu sudah gagal, ini sejak daripada MoU ditandatangani pada Disember 2012 yang hanya mengehadkan kuota sebanyak 3,000 (pembantu rumah) melalui kemasukan visa (calling visa) berbanding permintaan yang tinggi dalam sektor tersebut.

"Bukan sahaja MoU itu gagal ini termasuk dengan kos terbaru yang ditetapkan kerajaan serta prosedur yang mengambil masa lama  memberi kesan pekerja Indonesia ini untuk memasuki negara secara haram. Kesannya, kita akan menyaksikan lambakan pendatang tanpa izin ," katanya pada sidang media bersama Persatuan Perusahaan Jasa Tenaga Kerja Indonesia (Apajati) di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya beliau difahamkan kerana kuota pengambilan visa (calling visa) yang terhad menyaksikan kemasukan kira-kira 120,000 pembantu rumah tanpa melalui prosedur tersebut.

Menambahkan lagi kebimbangan Pikap dan Apjati apabila pelaksanaan kenaikan caj visa sebanyak RM240.50 pada Januari lalu yang dikenakan Putrajaya.

Zulkefly mempersoalkan kenaikan visa sebanyak 1500% tanpa berunding terlebih dahulu dengan pihak berkaitan seperti Pikap dan Apjati.

Sementara itu, Ketua Umum Apjati Ayub Basalamah turut mempersoalkan mengapa pembayaran sebanyak RM240. 50 berbanding RM15 diuruskan oleh syarikat swasta dilantik kerajaan Malaysia di Indonesia iaitu Perusahaan Omni Sarana Cipta.

"Tindakan menaikkan caj visa tersebut tanpa berbincang dahulu dengan pihak Indonesia amat merugikan dan boleh menaikkan kos pengambilan pembantu rumah tetap dalam resit bayaran hanya RM15 dibayar kepada kerajaan Malaysia. Bakinya, RM225 dimasukkan pada akaun siapa? Itu kita kata seperti ada unsur korupsi," katanya. - TMI


from Lagi Berita http://ift.tt/1e0yU7g
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.