GEORGETOWN - Empat pemimpin Pas yang menjadi Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak akan meletak jawatan sehingga menerima surat rasmi yang dikeluarkan pimpinan Pas Pusat.
Ahli Majlis MBPP, Mhd Nasir Yahya berkata, sehingga semalam masih tidak menerima sebarang arahan dari pimpinan tertinggi parti untuk meletak jawatan atau sebaliknya.
Beliau yang juga Koordinator Markas Induk Pas Kawasan Bukit Gelugor berkata, setakat ini belum menerima apa-apa (arahan) lagi.
"Saya perlu tunggu arahan kerana pelantikan dibuat oleh parti.
“Buat masa ini, saya tidak boleh memberi sebarang komen. Bagaimanapun, saya bersedia untuk meletak jawatan jika Pas Pusat mahu saya berbuat demikian,” katanya.
Ahli Majlis MPSP, Omar Hassan yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Permatang Pauh bersedia mengosongkan jawatan jika menerima arahan untuk berbuat demikian.
“Saya akan akur apa sahaja arahan dari parti. Saya tidak akan teragak-agak untuk meletak jawatan jika itu keputusannya.
“Sehingga kini, saya belum terima surat rasmi atau arahan secara lisan untuk berbuat demikian. Oleh itu, tunggu sajalah,” katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Pas Kawasan Tanjong, Yaacob Omar yang juga Ahli Majlis MBPP akan menunggu arahan Pas Pusat dan meminta semua pihak bertenang.
Menurutnya, Ketua Menteri, Lim Guan Eng juga diminta supaya tidak cepat memberi tindak balas kerana keputusan belum dibuat dalam Majlis Syura Ulama.
“Saya tidak boleh komen, semuanya bergantung kepada pucuk pimpinan, cuma saya mohon semua pihak bertenang. Jangan terlalu ‘over’, cepat bertindak balas.
“Saya mohon agar Guan Eng berhenti dari buat kenyataan kontroversi kerana ia akan mengeruhkan keadaan. Malah dari maklum balas yang diterima, masyarakat kaum lain pun tidak setuju dengan cara Guan Eng menangani masalah ini,” katanya.
Ahli Majlis MPSP, Dahalan Fazil berkata, Guan Eng perlu lebih tenang dan tidak kelam kabut dalam menangani masalah itu.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Kepala Batas berkata, apa yang penting, semua pihak perlu menunggu keputusan MSU sebelum mengambil tindakan seterusnya.
“Mesyuarat Majlis Syura dijangka diadakan esok (hari ini). Oleh itu, sama-sama kita tunggu. Saya jadi ahli majlis kerana dilantik parti, oleh demikian, saya akan letak jawatan pun berdasarkan arahan parti.
“Saya harap semua pihak bertenang dan tidak kelam kabut termasuk ketua menteri,” katanya.
Sementara itu, dua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) iaitu Tanjung Bungah, Azahar Hashim dan Kampung Makam, Muhammad Imran Muhammad Sa’ad bersedia meletak jawatan jika diarah Pas Pusat.
Bagaimanapun, mereka berkata, mesyuarat peringkat JKKK belum diadakan lagi bagi membincangkan perkara itu. - Malaysiakini
from Lagi Berita http://ift.tt/1AZJru6
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself