Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Meskipun laporan ini ditulis oleh wartawan lidah rasmi UMNO iaitu Utusan, bagi aku ianya adalah rasional dan ada kebenarannya serta tidak rugi untuk dibaca..

Beliau merasakan pekerja asing di negara ini sudah mencukupi dengan jumlah sedia ada. Malah boleh dikatakan sebagai melambak-lambak.

Jumlah mereka sebenarnya amat banyakan menurut wartawan Utusan itu, anggarannya pada tahun lalu sebanyak 6.7 juta pekerja asing di negara ini, 4.6 juta daripadanya pendatang asing tanpa izin (PATI).

Tapi sebelum itu, mengenai kemasukkan warga Bangladesh ini juga secara tidak langsung akan menjadikan mereka sebagai suku kaum ketiga terbesar di negara kita ini..

Berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara, jumlah penduduk Malaysia kini adalah seramai 28.3 Juta orang..

Dari jumlah ini 92% adalah rakyat Malaysia (26.03 Juta) dan 8% bukan rakyat Malaysia (2.4Juta orang), jumlah ini terdiri daripada pekerja asing dan pemastautin yang berdaftar secara sah.

Yang tidak sah atau pendatang asing tanpa izin (PATI) pula dianggarkan berjumlah 2.3 Juta tetapi wartawan Utusan menganggarkan terdapat sebanyak 6.7 juta pekerja asing di negara ini, 4.6 juta daripadanya pendatang asing tanpa izin..

Komposisi 3 suku kaum terbesar di Malaysia pula 56.4% (14.7 Juta) adalah Melayu, 24.6% (6.4Juta) adalah Cina manakala kaum India mewakili 7.3% (1.9 Juta).

Jika 1.5 Juta lagi warga Bangladesh akan dibawa masuk ditambah pula dengan anggaran 0.5 Juta orang atau lebih warga Bangladesh yang sedia ada dalam negara kita, ini menjadikan Bangladesh menjadi suku kaum ketiga terbesar dalam negara kita..

Jadi jangan hairan jika tiba-tiba suatu hari nanti mereka turut mengundi untuk menentukan hala tuju negara kita ini..

Dan jangan juga hairan dengan kemunculan bangsa baru di negara kita .. bangsa Melayu + Bangla..

Inilah Malaysia!! negara lain bawa masuk tenaga mahir dan proffesional negara kita pula kutip buruh yang negara luar tak mahu, tenaga mahir dan proffesional negara dibiar lari keseluruh pelusuk dunia...

Laporan berkaitan...


Jangan biarkan PATI terus bermaharajalela


TARMIZI ABDUL RAHIM

TIDAK mustahil sedikit masa lagi pelancong yang berkunjung ke sini menganggap negara ini adalah ‘kembar’ kepada Bangladesh. Bagi mereka, semua wajah penduduk negara ini handsome, hidung mancung persis Datuk Shah Rukh Khan. Pasti pada masa itu, penduduk sebenar negara ini berasa bangga kerana mendapat pengiktirafan percuma itu.

Kita tidak boleh menyalahkan pelancong kerana itulah yang gambaran yang diperoleh sejurus mereka menjejakkan kaki ke negara ini. Apabila mengambil teksi, pemandunya ‘berhidung mancung’, singgah di stesen minyak - juruwangnya juga hidung mancung, menginap di hotel - front liner hotelnya juga mempunyai iras Shah Rukh Khan, rasa lapar dan pergi ke restoran atau pasar basah - pelayan dan penjualnya juga iras-iras Salman Khan.

Justeru, salahkah pelancong berkenaan mempunyai tanggapan sedemikian? Teruk sangatkah rakyat tempatan hinggakan semua majikan dalam sektor perkhidmatan terpaksa mengimport pemain dari luar untuk berkhidmat di negara ini.

Kerajaan wajib bertegas. Hadkan warga asing untuk bekerja dalam sektor yang dibenarkan atau dikhususkan sahaja seperti perladangan, pembinaan dan perkilangan. Jangan sesekali biarkan melimpah ke sektor lain hingga menyempitkan rezeki penduduk tempatan yang terpaksa bersaing dengan mereka.

Mungkin secara luarannya apabila diadakan pertandingan bagi memilih pekerja, warga asing ini telah menang kerana kononnya berwajah handsome, boleh ‘speaking’, rajin dan tidak pemalas. Maknanya, pekerja tempatan terutama golongan belia kenalah ambil kesempatan untuk mengatasi kelemahan yang dimiliki. Handsome itu anugerah Allah, jadi sebagai alternatifnya, perkemaskan diri dan jaga penampilan, jangan sesekali datang bekerja atau semasa interview dalam keadaan serabai dan berketiak hangit.

Kemampuan bercakap bahasa Inggeris atau mana-mana bahasa tidak sukar jika mempunyai iltizam untuk melakukannya. Ini dibuktikan oleh ramai pekerja asing terutamanya Bangladesh yang selepas beberapa bulan tiba di negara ini sudah mampu menguasai bahasa Melayu, malah mampu pula ‘mengayat’ wanita-wanita Melayu.

Baru-baru ini, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke negara ini secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor.

Dirasakan pekerja asing di negara ini sudah mencukupi dengan jumlah sedia ada. Malah boleh dikatakan sebagai melambak-lambak. Jumlah mereka sebenarnya amat banyak, anggarannya pada tahun lalu sebanyak 6.7 juta pekerja asing di negara ini, 4.6 juta daripadanya pendatang asing tanpa izin (PATI). Ini bermakna yang masuk secara halal atau mempunyai permit kira-kira 2.1 juta orang sahaja. Tidak mustahil jika jumlah sebenar mereka adalah lebih tinggi.

Jika ditambah lagi dengan 1.5 juta yang bakal tiba itu, berapa jumlahnya? Tolong kira sendiri. Tidak salah membawa masuk pekerja asing bagi memenuhi keperluan tetapi kerajaan perlu menyedia dan memantapkan mekanisme pemantauan serta penguatkuasaan. Bagi sektor yang telah tepu, manfaatkan lambakan pekerja itu bagi diagihkan kepada sektor lain. Gunakan analogi sistem lampu isyarat seperti digambarkan oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh baru-baru ini dalam isu permohonan pertukaran guru.

Selain itu, wujudkan pangkalan data bersepadu bagi mengenal pasti keperluan sebenar di setiap sektor, maka barulah warga asing ini dapat diagihkan, sekali gus mengatasi masalah lambakan kritikal pekerja asing dalam sektor tertentu.

Sebenarnya masalah lambakan warga asing ini bukannya isu picisan yang sekadar dibualkan oleh orang kampung di kedai-kedai kopi atau golongan pertengahan semasa menunggu untuk menaiki pengangkutan awam bagi menjimatkan kos perbelanjaan kerana harga petrol naik lagi. Tetapi turut menarik perhatian seorang Hakim di Mahkamah Tinggi Shah Alam Selangor.

Hakim Datuk Ghazali Cha pada 30 Jun lalu menggesa satu formula diwujudkan untuk menangani masalah jenayah melibatkan warga asing yang semakin meningkat di negara ini. Tegas beliau, mahkamah kini telah ‘dihujani’ dengan kes jenayah warga asing malah indeks jenayah di negara ini meningkat akibat kegiatan jenayah warga tersebut.

Beliau sebelum itu menjatuhkan hukuman penjara masing-masing tujuh tahun enam bulan dan tujuh tahun terhadap dua lelaki warga Bangladesh yang mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang wanita warga Indonesia yang mayatnya dikerat-kerat empat tahun lalu ~ Utusan

from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1H25cZs

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.