Halloween party ideas 2015

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Seorang gadis dari Ipoh terkejut, apabila melihat lelaki yang membantu mengangkat begnya ketika berada dalam penerbangan kelas ekonomi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Dia langsung tidak menyangka lelaki budiman itu adalah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Jasmine Chan Kit Mun melalui akaun Facebooknya memuat naik gambar selfie dengan Khairy yang disertakan keterangan gambar menceritakan kejadian itu.

Menurut Chan, selepas pesawat berkenaan mendarat, dia cuba menurunkan begnya dari ruang simpanan bagasi dalam pesawat berkenaan.

“Saya memang memerlukan seseorang untuk membantu saya mengeluarkan beg dari tempat letak beg, selepas pesawat mendarat.

“Siapa tahu, lelaki budiman yang membantu saya ialah En YB Khairy Jamaluddin yang menaiki penerbangan kelas ekonomi sama dengan saya,” katanya.

Catatan itu menerima 550 like dan dikongsikan 20 kali, selepas enam jam dimuat naik ke Facebook.

Tambah Chan, selepas menurunkan beg dari ruang simpanan bagasi, Ahli Parlimen Rembau itu membantunya mengangkat beg itu keluar dari pesawat.

“Saya rasa agak malu, apabila seorang menteri membantu saya mengangkat beg,” katanya. - TRPost


from Lagi Berita http://ift.tt/1JDGSkc
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.