Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta perdana menteri tampil membuat penjelasan terhadap dakwaan yang dikenakan terhadapnya oleh Wall Street Journal (WSJ) semalam.
Kata Muhyiddin, memandangkan dakwaan yang dibuat media itu bersifat peribadi ke atas Datuk Seri Najib Razak, perdana menteri perlu membuat penjelasan atau penafian meyakinkan.
"Sekiranya beliau yakin semua tuduhan itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata, maka adalah wajar beliau mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang membuat tuduhan demi membersihkan nama beliau dan mengembalikan kredibiliti kerajaan," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Semalam WSJ melaporkan berlaku perpindahan dana 1MDB bernilai hampir AS$700 ke akaun perseorangan yang menggunakan nama "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak".
Media mendakwa dana itu dipindahkan sejurus sebelum pilihan raya umum ke-13 berlangsung.
Najib sudah membuat kenyataan balas mengenainya lewat malam tadi.
Muhyiddin berkata, pihak berkuasa juga perlu menjalankan siasatan terhadap dakwaan dikenakan terhadap Najib.
Gesaan itu bermakna, jika pihak berkuasa membuka kertas siasatan, turut akan mungkin disoal siasat ialah Najib sendiri.
Kata Muhyiddin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia, polis dan Jabatan Peguan Negara perlu bertindak segera menyiasat segala tuduhan yang dibuat terhadap Najib.
"Tuduhan ini amatlah berat kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri dan ketua kerajaan," katanya.
Sementara siasatan dijalankan, Muhyiddin menyeru semua pihak supaya bertenang.
"Saya pasti kebenaran akan muncul hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa," katanya. - Mkini
from Lagi Berita http://ift.tt/1KDkgiy
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself