Halloween party ideas 2015

Persepsi umum terhadap Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) yang diumumkan pembentukan secara rasmi Isnin lepas disifatkan hanya proksi kepada DAP semata-mata dan tidak akan kekal lama, kata Datuk Mustafa Ali.
Bekas setiausaha agung PAS yang dilantik sebagai pengarah pilihan raya parti Islam itu berkata, beliau tidak kisah sangat dengan gerakan kepada pra sebuah parti baharu ini.

"Apa matlamat Harapan Baru? Ia hanya kesinambungan daripada PasMa yang diharapkan DAP untuk ganti PAS," katanya dalam satu wawancara khas dengan The Malaysian Insider baru-baru ini.

Mustafa berkata demikian beberapa jam selepas Harapan Baru diumumkan secara rasmi pada satu sidang media di Kuala Lumpur Isnin lepas oleh pengerusinya yang juga bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu.

Hampir semua pemimpin PAS yang disingkirkan dalam pemilihan muktamar ke-61 Jun lalu menyertai sidang media ini kecuali beberapa orang termasuk bekas naib presiden Datuk Husam Musa yang tidak sihat dan bekas ketua penerangan, Datuk Mahfuz Omar.

Turut menyertainya adalah 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang digantung keahliannya oleh PAS, Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib).

Parti baharu tiada apa-apa kekuatan

Mustafa berkata, parti baharu yang akan dibentuk ini tidak ada apa-apa melainkan mendapat sokongan pihak lain khasnya DAP.

"Persepsi Harapan Baru hanya proksi kepada DAP saja, ia adalah sebuah parti yang disokong DAP dalam apa bentuk sokongan sekalipun. Parti ini tidak ada apa-apa melainkan mendapat sokongan DAP," katanya.

Beliau mendakwa, kepimpinan PKR masih belum lagi memberikan sokongan sepenuhnya kerana hanya sebahagian kecil yang menyokongnya.

"Majoriti PKR bersama PAS," kata Mustafa yang tidak dilantik semula sebagai setiausaha agung PAS.

Katanya, parti ini lahir selepas usul muktamar PAS dilaksanakan DAP walaupun ketika itu Majlis Syura masih belum membuat keputusan lagi.

"Dalam PAS, perkara yang melibatkan hukum bukan diputuskan muktamar tetapi Majlis Syura," katanya ketika menjelaskan pihak manakah yang memberikan kata putus dalam PAS.

Walaupun sebuah parti baharu bakal dibentuk hasil perpecahan dalam PAS, Mustafa menganggap krisis ini tidak besar dalam parti Islam itu dan hanya perkara biasa.

"Ia hanya kes beberapa pimpinan tidak puas hati masa pemilihan. Bukan suatu yang spontan walaupun buat pertama kali jawatan presiden dipertandingkan," katanya.

Salahkan Asmuni Awi

Mustafa berkata, beliau melihat krisis yang lebih besar dalam PAS iaitu pada 1977 di mana rakyat nampak tidak puas hati dan menunjukkan protes sehingga parti Islam itu hilang kerajaan negeri Kelantan.

Katanya, beliau tidak setuju dengan "budaya cai" yang diamalkan dalam pemilihan baru-baru ini sehingga satu blok kepimpinan PAS tersingkir.

Beliau mendakwa tidak tahu perkara ini sehinggalah selepas muktamar dan meletakkan kesalahan kepada pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS Asmuni Awi yang membenarkan cara ini.

"Rupanya ada kenyataan daripada Asmuni, pengerusi SPR yang berkata cadang nama ok, bukan serang pihak lain. Ia dikaitkan dengan cai," katanya yang mengakui kumpulan konservatif membuat cai semasa pemilihan baru-baru ini.

"Kalau saya tahu, saya tegur dari awal. Saya tidak suka kempen dalam parti sebegini.

"Saya langsung tak sentuh pemilihan kali ini. Saya serah 100% kepada jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan Asmuni," kata Mustafa. - TMI

Lebih baik mencuba daripada terus bersama PAS proksi UmnoBN.

from Lagi Berita http://ift.tt/1ObR2Yc
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.