Halloween party ideas 2015

JOHOR BAHRU - Kira-kira 100 orang penyokong Umno naik berang apabila Pengarah DAP Johor, Liew Chin Tong mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah menghina parti itu dan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.  
Dalam ucapan tidak sampai seminit pada satu majlis di Taman Megah Ria, Masai, dekat sini, hari ini, Ahli Parlimen Kluang itu antara lain mendakwa orang Umno kini cuba nak menumbangkan Najib.
  
Susulan itu, kira-kira 100 penyokong Umno yang berada di situ bagi memprotes  kedatangan Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang ke kawasan itu, naik berang.
  
Keadaan menjadi kecoh dan berlaku insiden tolak menolak antara penyokong Umno berkenaan dengan Liew dan Lim serta beberapa lagi pemimpin DAP yang hadir pada majlis sesi ramah mesra DAP bersama orang Sabah dan Sarawak tersebut iaitu Adun Pengkalan Rinting Cheo Yee How dan Adun Johor Jaya, Liow Chai Tung.
  
Insiden tolak menolak itu berlaku kira-kira 15 hingga 20 minit sebelum polis campur tangan untuk mententeramkan keadaan.
  
Polis kemudiannya dilihat menasihati pemimpin DAP berkenaan untuk membatalkan program selanjutnya iaitu 'Walkabout' di Pasar Borneo berdekatan susulan kekecohan itu. – Bernama

from Lagi Berita http://ift.tt/1NIDOCd
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.