Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Seorang pegawai eksekutif ibu pejabat Ambank dipecat gara-gara mempertikaikan arahan majikannya untuk menguruskan pemindahan masuk sejumlah wang SG$21 juta daripada UBS Bank Singapura ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Citizens For Accountable Governance Malaysia (CAGM).

Menyokong dakwaannya itu CAGM memuat naik akuan bersumpah dalam blog mereka yang memetik pegawai itu berkata, pada Mei 2013 beliau diarahkan pegawai atasannya menguruskan pemindahan wang SG$7 juta daripada UBS Bank daripada 3 transaksi ke akaun Najib.

Katanya, seminggu sebelum itu, SG$14 juta dimasukkan ke akaun sama.

Menyedari jumlah transaksi itu besar daripada yang dibenarkan, pegawai yang 14 tahun berkhidmat di Ambank memberitahu pegawai atasannya beliau perlu mematuhi proses yang ditetapkan.

"Memandangkan jumlah transaksi lebih tinggi daripada yang dibenarkan, saya perlu memaklumkan kepada Bank Negara dan saya memberitahu pegawai atasan saya perlu mematuhi prosedur.

"Wang daripada Singapura perlu ditukar kepada Ringgit dan mengikut arahan yang ditetapkan saya perlu memasukkannya ke dalam beberapa akaun semasa.

"Pegawai atasan pada ketika itu bercakap melalui telefon dengan pengerusi Ambank Tan Sri Azman Hashim, menghempas telefon dan menyuruh saya patuh kepada arahan kerana ia melibatkan pemindahan wang orang penting (VVIP) berprofil tinggi," katanya dalam akaun bersumpah yang dibuat di pejabat Pesuruhjaya Sumpah Kuala Lumpur pada 8 Mei 2013.

Dimarahi kerana ikut prosedur

Surat itu kemudian diedarkan kepada media oleh badan bukan kerajaan (NGO), CAGM.

The Malaysian Insider cuba menghubungi Ambank dan pegawai dimaksudkan tetapi masih belum mendapat maklum balas.


Dalam akuan bersumpah itu pegawai bank berusia 50 tahun itu berkata, beliau juga dimarahi apabila membangkitkan tentang prosedur dan diberitahu Bank Negara membenarkan pemindahan wang tersebut dan dia hanya perlu ikut arahan.

"Saya ada buat salinan slip transaksi di mesin fotokopi dan pegawai atasan dapat tahu apabila beliau memeriksa laporan mesin fotokopi dengan juruteknik di bahagian IT. Saya syak mereka memantau gerak-geri saya melalui CCTV," katanya.

Katanya, setengah jam kemudian beliau dipanggil masuk ke bilik mesyuarat di Tingkat 46 dan terkejut melihat Azman juga hadir.

Beliau kemudian dimarahi kerana tidak mengikut arahan melibatkan pengurusan akaun berprofil tinggi dan membuat salinan slip tanpa kebenaran.

Katanya, pada petang hari yang sama selepas mesyuarat itu, siasatan dibuat dan beliau diarahkan meninggalkan pejabat dan tidak dibenarkan membawa pulang apa-apa barang dari pejabat.

"Pada pagi keesokannya saya diarahkan datang ke bahagian sumber manusia dan diberikan surat berhenti kerja serta-merta tanpa diberi peluang mempertahankan diri," katanya ~ The Malaysian Insider

Akuan bersumpah berkenaan sila lihat di SINI

from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1IZAX87

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.