KUALA LUMPUR 30 Julai – Tenaga Nasional Bhd. (TNB) merekodkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM5.25 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 31 Mei 2015, meningkat 2.9 peratus berbanding RM5.10 bilion yang dicatatkan untuk tempoh yang sama, tahun kewangan sebelumnya.
Menurut TNB, peningkatan prestasi itu disumbangkan hasil kesan pelarasan tarif elektrik bermula 1 Januari 2014, yang sekali gus telah meningkatkan pendapatan syarikat utiliti tersebut kepada RM31.54 bilion bagi tempoh sembilan bulan tahun kewangan 2015, berbanding RM31.07 bilion yang dicatatkan bagi tempoh sembilan bulan tahun kewangan 2014.
Jelas syarikat itu, pendapatan yang dicatatkan itu setelah mengambil kira jumlah lebihan pemulihan daripada pelepasan kos tidak seimbang (ICPT) sebanyak RM1.82 bilion bagi tempoh bermula 1 Januari 2014 sehingga 31 Mei 2015. Perkiraan jumlah lebihan pemulihan dalam penyata kewangan TNB telah dilaksanakan buat kali pertamanya selepas dibuat kajian mendalam dan perbincangan antara TNB bersama pihak-pihak yang berkaitan.
Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie berkata, pelaksanaan ICPT yang berkesan di bawah rangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) sejak 1 Januari 2014 membolehkan syarikat mencatatkan pendapatan yang stabil dengan mengurangkan pendedahan terhadap kos penjanaan dan bahan api yang berubah-ubah.
“TNB menjangkakan pendapatan yang terus stabil kesan daripada pendedahan yang berkecuali terhadap naik turun kos-kos ini. Pendapatan yang lebih jelas disambut baik oleh syarikat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Perbelanjaan operasi TNB untuk sembilan bulan tahun kewangan 2015 itu menurun tiga peratus kepada RM25.73 bilion daripada RM26.52 bilion sebelum ini.
Pengurangan perbelanjaan itu disumbangkan oleh kos penjanaan yang lebih rendah disebabkan pengurangan penggunaan bahan bakar gas asli cecair (LNG) dan harga arang batu yang lebih rendah. Harga purata arang batu untuk tahun kewangan 2015 berlegar sekitar AS$67.3 (RM255.74) tan metrik berbanding AS$76.5 (RM290.7) tan metrik untuk tempoh yang sama tahun lepas.
Tambah Moggie, pada masa yang sama di bawah mekanisme ICPT, sebarang penjimatan daripada pengurangan kos penjanaan ekoran daripada penurunan harga bahan api dunia telah dipulangkan semula kepada pengguna di dalam bentuk rebat tarif, seperti diumumkan pada Februari dan Jun 2015.
Bagaimanapun, TNB terus menerima impak daripada ketidaktentuan suasana ekonomi global dan penurunan nilai ringgit. - Utusan
from Lagi Berita http://ift.tt/1eEy93v
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself