Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tidak pernah melihat himpunan rakyat berlangsung dalam keadaan sangat aman seperti hari ini.

Menyampaikan mesej itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Annuar Musa berkata, Najib juga terkejut serta terharu dengan apa yang berlaku pada Himpunan Rakyat Bersatu tadi.

"Saya baru lepas bercakap dengan perdana menteri. Beliau terkejut dan terharu dengan himpuman seaman ini," katanya kepada peserta perhimpunan di Padang Merbok.

Perhimpunan hari ini diadakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan untuk menyatakan sokongan kepada Najib serta menunjukkan kemarahan mereka apabila "bangsa Melayu dihina".

Mereka juga marah dengan insiden peserta BERSIH 4 memijak gambar Najib bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang lapor Malaysiakini

Ohh.. perhimpunan paling aman rupanya.. Tengok video kat bawah ni..


Kerana terlalu aman 3 anggota Polis cedera..

Tiga anggota polis tercedera semasa berlakunya kekecohan di hadapan pintu gerbang Jalan Petaling, kata Timbalan Pengarah Jenayah Komersial dan Risikan SAC Roslan Abdul Wahid.

Katanya, ketiga-tiga mereka telah dibawa ke hospital dan hanya cedera ringan. Selain itu, beliau juga memberitahu, polis terpaksa mengguna meriam air kerana peserta himpunan ingin merempuh kawasan perniagaan di kawasan itu.

"Kami perlu gerakkan aset, FRU (Unit Simpanan Persekutuan) dan tambah halangan keselamatan. Ketika itu kami cuba bercakap dengan mereka jangan rempuh halangan.

“Ada lima, enam kumpulan kecil tanpa pemimpin dan tiada kawalan. "Apabila FRU tiba, kami cuba kekalkan supaya mereka tidak berlaku ganas," katanya kepada pemberita.

Polis antirusuhan petang tadi menggunakan meriam air untuk menyuraikan peserta Himpunan Rakyat Bersatu di ibu negara setelah terdapat peserta enggan berganjak dari Jalan Petaling.

Sebelum ini terdapat peserta membaling pasukan FRU dengan botol plastik selain membuat provokasi kepada polis, termasuk menggelar mereka “barua Cina”. 

Aman lah tu.. sebab tu hanya 3 anggota Polis cedera..kalau tak aman habis semua Polis yang bertugas tu cedera..

Malaysiakini juga melaporkan..

Berbeza daripada kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, Annuar berkata perhimpunan tadi dihadiri seramai 250,000.

Noh berkata, seramai 200,000 orang hadir hari ini. Annuar menganggap perhimpunan yang diadakan tadi adalah "perjuangan awal orang Melayu".

"Jangan kedudukan kita sebagai Melayu, hak (kita) dipertikaikan dan dipersendakan.

"Ini bukan pesta biasa. (Ini) suara 250,000 jadikan ini sebagai peringatan... negara ini bertuan. Harap ia tidak berakhir di Padang Merbok, sebaliknya sebagai satu permulaan," katanya.

250,000 ke 200,000 orang ke... kalau gambar dari atas stage tu memang nampak ramai sangat.. tapi cuba tengok dan kira sendiri gambar dari udara atau aireal view ni.. ada berapa orang?

Pemimpin UMNO selagi boleh kencing.. semua dia nak kencing..




from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1W35Qgc

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.