Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Plus Malaysia Berhad (PLUS) diminta mendengar rayuan perwakilan UMNO semasa perhimpunan parti itu yang tidak mahu sebarang kenaikan caj atau kadar yang boleh membebankan rakyat secara keseluruhannya.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, pengumuman jangkaan kenaikan kadar tol oleh PLUS akan mengurangkan kepercayaan kepada Kerajaan sekali gus kepimpinan Barisan Nasional (BN).

“Kenyataan PLUS ini keluar tidak sampai beberapa hari perwakilan UMNO berhimpun di PWTC dan mendesak tidak ada sebarang kenaikan harga barangan. UMNO baru minta turun harga, PLUS selamba umum naik tol. Apakah sebenarnya yang berlaku ini?

“Kita sentiasa berdoa tidak ada lagi kenaikan harga, namun tiba-tiba dihidang berita kenaikan tol. Bukankah PLUS selama ini sudah membuat keuntungan? Kenapa mahu meminggirkan keperluan rakyat yang sudah terbeban dengan pelbagai kenaikan sebelum ini?” katanya.

Pada Isnin, Pengarah Urusan Projek PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, kadar tol di Lebuhraya Utara Selatan dijangka naik lima peratus mulai tahun hadapan, sekiranya mendapat persetujuan Kerajaan.

Jelasnya, jika berdasarkan perjanjian konsesi, PLUS sepatutnya dibenarkan menaikkan kadar tol menjelang 2016.

Tambahnya, keputusan ini bagaimanapun bergantung kepada pengumuman akhir Kerajaan.

Dalam pada itu, kata Najmil Faiz, PLUS sendiri tidak pernah mengumumkan kerugian sejak ia mula beroperasi.

“PLUS telah mencatatkan keuntungan selepas cukai RM8.41 juta tahun lepas. Sejak tahun 1986, PLUS sudah mencatatkan keuntungan.

“Ini tidak termasuk perincian dan perbandingan kos yang sebenar. Cukuplah rakyat dibebankan. PLUS, agak-agaklah kalau hendak untung pun,” jelasnya.

Sebelum ini Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin memaklumkan PLUS berhak mengkaji semula kadar tol setiap tiga tahun sehingga kontraknya berakhir pada 2038.

Katanya berdasarkan perjanjian konsesi tambahan PLUS yang ditandatangani pada November 2011, kerajaan dan PLUS Expressway Berhad (PEB) bersetuju memutuskan tiada kenaikan kadar tol di semua lebuh raya di bawah kendalian PLUS bagi tempoh lima tahun dari 2011 hingga 2015.

Bagaimanapun Rosnah berkata kadar tol di Jambatan Pulau Pinang kekal sehingga 31 Dis 2038 lapor AstroAwani


... Ohhh salah PLUS rupanya.. tapi mamt ni tahu tak siapa atau company mana yang pegang saham dalam PLUS tu?




from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1lPw1uh

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.