Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Yang kita tahu.. Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.

Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara.

Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM10,000.

Di bawah Bajet 2016, Kerajaan berkata ia bercadang untuk memperuntukkan RM1.6 bilion untuk PR1MA bagi membina 175,000 rumah dengan sejumlah 10,000 unit dijangka siap pada tahun depan.

Yang kita mungkin tidak tahu ialah menjelang tahun 2020 Kerajaan mensasarkan sejumlah 500,000 unit rumah siap dibina..



Malangnya kerajaan hanya meluluskan 72 projek PR1MA yang boleh memberikan 50,000 unit, hanya 10 peratus daripada sasaran menurut Penerbit Majalah Hartanah, KK Chua yang menjadi antara panelis forum 'PropertyGuru’s Property Market Outlook 2016' hari ini di Kuala Lumpur.

"Sudah tentu, daripada 50.000, tiada sebuah pun telah diserahkan, kita tidak tahu bila ia akan siap dan diserahkan. Kita boleh melupakan harga, lokasi projek agak terpencil, "kata Pengarah Urusan Harta Insight penerbit Armani Media..

Daniele, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan perunding REI Group of Companies, berkata inisiatif Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bermula sebagai satu idea yang baik tetapi syarikat itu menjalankan program ini masih belum mencapai sasaran yang ditetapkan kerajaan.

"PR1MA adalah kegagalan secara total. Ia tidak menyediakan kediaman pada nilai yang betul di tempat yang betul.

"Kerajaan tidak gembira mengenainya, pemaju tidak gembira mengenainya, pasaran tidak gembira mengenainya.

Beliau mempersoalkan janji Putrajaya melahirkan beribu-ribu unit PR1MA, sedangkan jika semua pemaju di Malaysia digabungkan hanya akan dapat menyiapkan kurang daripada 160,000 unit setahun.



from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1Nnenqr

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.