Datuk Seri Mohd Najib Razak menyifatkan kemenangan menyakinkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) semalam membuktikan usaha mengumpulkan pungutan suara untuk menyingkirkannya sebagai sia-sia.
Perdana Menteri berkata tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kerap bersama pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan pimpinannya sebaliknya hanya menguntungkan mereka, ia terbukti dengan kemenangan semasa di Sarawak dan terbaharu di dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Lebih kerap Tun Dr Mahathir turun, lebih menguntungkan BN, saya harap dia jangan berhenti, turun lagi,” kata Najib sinis selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mangsa Banjir di Kampung Staponal di Kelantan pada Ahad.
Najib juga berkata, kehadiran bekas perdana menteri itu yang mahu memungut tandatangan bagi menentang kerajaan gagal sama sekali dan gagal diterjemahkan dalam kedua-dua PRK tersebut apabila majoriti BN semakin meningkat berbanding sebelumnya.
“Pungutan suara kononnya banyak pihak yang menyokong tetapi tidak diterjemahkan di dalam di dua PRK dan PRN Sarawak, ini kerana BN mendapat majoriti yang melipat kali ganda,
“Pungutan suara pula dilakukan tidak sah termasuk isu tandatangan,” katanya lagi.
Dalam PRK Kuala Kangsar, calon BN Datin Mastura Mohd Yazid mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang disandang oleh suaminya, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dengan majoriti 6,969 undi berbanding 1,082 undi.
Dalam pertandingan empat penjuru, Mastura meraih 12,653 undi, calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad (5,684), calon PAN (Parti Amanah Negara), Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (4,883) manakala calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary mendapat 54 undi.
Di Sungai Besar pula, Budiman Mohd Zohdi mengekalkan kerusi BN dengan majoriti 9,191 undi, jumlah yang jauh lebih besar berbanding 399 undi yang diraih BN menerusi Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon pada PRU13.
Beliau yang juga ADUN Sungai Panjang, memperoleh 16,800 undi untuk mengalahkan dua pencabarnya, Dr Abdul Rani Osman (PAS) yang menerima 6,902 undi dan calon PAN, Azhar Abdul Shukur yang memperoleh 7,609 undi ~ TheMalaysianMirror
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/28ION0J
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself