Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

PAS mempersoalkan sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah menteri kewangan wajar berdiam diri berikutan pengumuman Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk mengambil tindakan undang-undang dengan merampas aset yang dikaitkan dengan dana pelaburan negara itu.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga tertanya-tanya bagaimana DOJ berjaya menemui bukti salah laku oleh firma yang berpangkalan di Malaysia manakala pihak berkuasa negara ini gagal berbuat demikian.

“Apakah status siasatan Ketua Polis Negara terhadap 1MDB? Apakah Ketua Polis Negara akan bekerjasama dengan DOJ untuk mendapatkan bukti-bukti yang gagal diperolehi selama ini dalam penyiasatannya ke atas 1MDB?



“Bagaimana pula dengan Ketua Audit Negara? Apakah beliau kini dapat melengkapkan laporan auditnya yang kini di bawah OSA dengan maklumat-maklumat baru ini?

“Apa pula tindakan Peguam Negara dan SPRM selepas ini? Apakah masih tetap bahawa dengan pendirian yang ada?

“Bagaimana pula dengan Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim yang telah menutup kes terhadap 1MDB? Apakah dengan maklumat terkini, kes 1MDB akan dibuka semula?” soal Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, rakyat sedang melihat sama ada institusi-institusi berkenaan bekerja untuk rakyat atau individu tertentu sahaja.

Tuan Ibrahim juga menasihatkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy supaya memikirkan apa langkah terbaik seterusnya buat dirinya dan negara.

Sementara itu, katanya, PAS menggesa agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang terdiri daripada ulama yang pakar dalam ekonomi dan kewangan Islam ditubuhkan untuk menyiasat skandal 1MDB.

Siasatan perlu memberi tumpuan kepada dua aspek, katanya.

Pertama, menurutnya adalah pengurusan pelaburan dan kewangan yang silap, iaitu strategi dan jangkaan pelaburan yang salah.

“Perkara ini dalam ekonomi konvensional adalah biasa, tetapi dalam ekonomi Islam ada hukum berbeza.

Laporan penuh silalah baca di SINI

from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/2a0DqER

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.