Tujuannya mungkin dia nak belasah Rafizi kot jadi dengan bangganya berkatalah Hishammuddin dividen 12 peratus kepada pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang diumum semalam menepis tuduhan liar terhadap badan itu.
“Bermakna desas-desus atau tuduhan tak berasas berhubung kedudukan LTAT sebelum ini merupakan tuduhan liar yang hari ini dapat kita jawab dengan mengisytiharkan dividen ini,” katanya..
Dia belasah Rafizi sebab.. Rafizi mendakwa tunggakan 1MDB kepada anak syarikat LTAT, Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia (PPHM) mencecah RM396.41 juta setakat September tahun lalu.
Tunggakan itu, dakwanya, memberi kesan langsung ke atas aliran tunai LTAT sehingga menyebabkan kelewatan membayar gratuiti kepada veteran-veteran askar tak berpencen.
Tapi hakikatnya yang perlu kita tahu ialah 12 peratus yang diumumkan oleh Hishamuddin itu 3 peratus lebih rendah dari dividen yang telah dibayar oleh LTAT kepada pencarumnya pada tahun 2015.
Tahun 2014 LTAT dilaporkan oleh Berita Harian telah membuat pembayaran dividen dan bonus sebanyak 15 peratus yang berjumlah RM835.1 juta bagi tahun kewangan 2014, jumlah tertinggi dibayar sejak LTAT ditubuhkan 42 tahun lalu.
Dan purata Purata kadar dividen dan bonus LTAT bagi lima tahun kebelakangan berakhir pada tahun 2014 adalah 15.2 peratus setahun.
Berdasarkan penyata kewangan yang belum diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2014, LTAT telah mencatat keuntungan sebanyak RM1.014 bilion iaitu peningkatan sebanyak 4.9 peratus berbanding RM967 juta pada tahun sebelumnya.
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan membuat pembayaran dividen dan bonus sebanyak 15 peratus yang berjumlah RM835.1 juta bagi tahun kewangan 2014, jumlah tertinggi dibayar sejak LTAT ditubuhkan 42 tahun lalu.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 2.1 peratus berbanding RM 818.3 juta pada tahun sebelumnya.
"Jumlah 15 peratus ini merangkumi dividen biasa sebanyak tujuh peratus, bonus (satu peratus) dan bonus khas (tujuh peratus) dalam bentuk unit-unit amanah saham secara percuma kepada pencarum yang aktif," katanya dalam satu kenyataan.
Purata kadar dividen dan bonus LTAT bagi lima tahun kebelakangan ini adalah 15.2 peratus setahun.
Menurutnya, berdasarkan penyata kewangan yang belum diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2014, LTAT telah mencatat keuntungan sebanyak RM1.014 bilion iaitu peningkatan sebanyak 4.9 peratus berbanding RM967 juta pada tahun sebelumnya.
Hishammuddin berkata, keuntungan melebihi paras RM1 bilion ini merupakan kali pertama sejak penubuhan LTAT.
Beliau berkata, jumlah aset LTAT sehingga 31 Disember tahun lepas meningkat sebanyak 2.2 peratus kepada RM9.4 bilion berbanding RM9.2 bilion pada tahun sebelumnya dan jumlah akaun carumannya pula ialah RM8.7 bilion berbanding RM8.3 bilion tahun 2013.
Laporan penuh silalah baca di SINI
Tu tahun lepas.. 15 peratus dividen dan LTAT telah mencatat keuntungan sebanyak RM1.014 bilion.. tapi tahun ini pula 12 peratus.. keuntungannya pula aku tak jumpa berapa banyak untung..
Pengerusi LTAT Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor dalam dalam ucapannya berkata LTAT telah mencatatkan jumlah pendapatan belum diaudit sebanyak RM766.8 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.
Sehubungan itu, ahli-ahli yang layak akan menerima bayaran dividen dan bonus berjumlah RM693.8 juta pada kadar 12 peratus, katanya.
"Bayaran dividen dan bonus itu meliputi dividen 6 peratus dan bonus khas sebanyak 6 peratus dalam bentuk unit amanah saham untuk ahli yang aktif.
"Sepanjang tempoh 43 tahun, purata kadar dividen dan bonus tahunan yang dibayar oleh LTAT ialah 11.3 peratus setahun," katanya.
Laporan penuh sila baca di SINI
Kenapa dividen menurun Hishamuddin?
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/2afFozP
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself