Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Setiausaha BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meminta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menyemak kembali nama parti baharu iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang sepatutnya tidak boleh digunapakai sebagai nama parti.

Ini kerana jelas beliau, BERSATU adalah perkataan sinonim yang sering digunakan sekaligus boleh mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat seluruhnya.

“Mereka tak boleh gunakan perkataan BERSATU kerana ia adalah perkataan yang biasa digunakan, saya pun sering gunakan Bersatu Malaysia Maju, jadi ini akan menimbulkan kekeliruan, ini saya merayu sangat.

“Nak lulus, luluslah tapi saya minta mereka jangan pakai BERSATU, sebab dulu saya pun tak faham kenapa RoS luluskan nama AMANAH,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan jalan sambungan Jalan Jalil Perkasa 7 ke Jalan Barat Bukit Jalil, Khamis.

Beliau bagaimanapun berkata yang pihaknya tidak gentar dengan kewujudan parti baharu tersebut kerana akhirnya kemenangan tetap akan dicapai oleh UMNO BN juga.

“Apa yang berlaku dalam UMNO kita telah melalui , onak duri yang akhirnya kita akan capai kejayaan UMNO, kita ada fokus dan kita parti yang inklusif yang bersama dengan bangsa lain, semua lihat pada UMNO kerana UMNO parti yang berjuang kepentingan hak dan semua bangsa sekali,” ujarnya ~ BNBBC





from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/2aNa9gb

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.