Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata parti itu akan menolak rang undang-undang persendirian dibawa presiden PAS yang mahu meningkatkan tahap hukuman mahkamah syariah.
Kenyataan Liow itu dibuat ketika mesyuarat agung tahunan ke-63 MCA di Kuala Lumpur.
Lebih menarik ikrar itu dibuat di depan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang masih berteka-teki mengenai pendirian mereka terhadap rang undang-undang berkenaan.
Kata Liow cadangan dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bercanggah dengan dasar penubuhan Malaya yang perlembagaannya disokong MCA.
"Kita mesti hormat dan mematuhi sistem sedia ada. Kita akan menentang keras, sebulat suara dan tanpa soal, sebab (hudud) bercanggah dengan perlembagaan persekutuan," katanya.
Beliau yang juga menteri pengangkutan berkata komuniti Cina di negara ini sangat bimbang dengan cubaan PAS melaksanakan hukum hudud yang didakwanya akan menyebabkan sistem perundangan terbahagi kepada dua.
Bagaimanapun dalam ucapannya selepas itu Najib tidak menyentuh langsung tentang rang undang-undang Abdul Hadi untuk meminda Akta 355 atau bantahan MCA itu.
Rang undang-undang itu didakwa PAS untuk memperkasa mahkamah syariah, dan dibawa ke Dewan Rakyat selepas diluluskan sebulat suara oleh DUN Kelantan tahun lalu.
Ironinya langkah itu dibantu oleh sebuah jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan dengan kerjasama Putrajaya dan kerajaan negeri.
Rang undang-undang itu - jika diluluskan - bakal membatalkan kekangan pusat untuk pelaksanaan hukum hudud di peringkat negeri.
Liow juga berkata PAS memperoleh kedudukan, kuasa dan pengaruh dengan bantuan daripada DAP.
Katanya PAS tidak pernah memenangi sebarang kerusi DUN di Selangor sepanjang tempoh 1978 hingga 2004.
"Bagaimanapun pada 2008 PAS tiba-tiba memenangi lapan kerusi dengan sokongan DAP. Lebih teruk pada 2013 PAS memenangi lebih banyak kerusi. Sekarang mereka ada 15 kerusi.
"Kita boleh lihat hari ini walaupun mereka tidak berada dalam satu pakatan, DAP masih bekerjasama dengan PAS dalam kerajaan Selangor," katanya lapor Malaysiakini
from Anak Sungai Derhaka http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2016/11/dalam-nak-tolak-ruu-hadi-mca-akui-pas.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself