Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas
Seronok sungguh depa tu mainkan isu DUN Pulau Pulau Pinang lulus RUU penternakan babi ni.. biarpun yang dilakukan demi kebaikkan bersama.. tapi bila dah tak ada isu.. bukan isupun dijadikan isu..


Bertanya tak mahu sebab bodoh sombong main serbu saja membabi buta laksana babi yang buta..

Palin lawak ada jugak yang mengatakan inilah balasan tuhan kepada PKR kerana tidak menyokong RUU Hadi yang dah dua kali tangguh tu..

Apa yang Bernama laporkan..

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata, enakmen tersebut diperkenalkan bagi mengawal selia dan memastikan industri berkenaan berkembang dengan sihat dan lestari pada masa akan datang.

"Kerajaan menyarankan semua penternakan tradisional bertukar kepada penternakan moden dan berteknologi," katanya pada persidangan Dun Pulau Pinang di sini.

Beliau berkata, kaedah penternakan sekarang selain menyebabkan pencemaran alam sekitar, turut menimbulkan isu keselamatan penyalahgunaan ubat-ubatan terlarang.

Dah jelas dah tu tujuan RUU dibentang untuk diluluskan tu.. untuk mengawal pencemaran alam sekitar sebab kebanyakkan kandang babi ni air kumbuhannya disalur terus ke dalam sungai..

Tak faham jugak baca ni..

Pada tahun 2015 sahaja, mengikut rekod MBPP dan MPSP, negeri ini mempunyai sebanyak 195 ladang berlesen merangkumi 189 penternak dengan jumlah ternakan sebanyak 294,429 ekor.

Sepanjang masa ini, perlesenan ladang babi di negeri Pulau Pinang adalah di termaktub bawah penguatkuasaan Akta Kerajaan Tempatan 1976, Undang-Undang Kecil Bayaran Lesen Majlis Perbandaran Seberang Perai 1980 dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang 1991.

Walaubagaimanapun, pengawalan penyebaran penyakit dan pencemaran alam sekitar adalah kurang berkesan di bawah Undang-Undang Kecil ini.

Para penternak babi masih lagi menjalankan aktiviti penternakan secara tradisional sedangkan pada masa kini kerajaan menyarankan semua penternakan tradisional bertukar kepada penternakan moden dan berteknologi.

Masalah kaedah penternakan sekarang selain menyebabkan pencemaran alam sekitar dari segi bau dan air terutamanya di kawasan Kampung Selamat di Seberang Perai Utara dan di Kampung Valdor di Seberang Perai Selatan, selain isu keselamatan produk penyalahgunaan ubat-ubatan terlarang.

Maka menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri agar satu undang - undang baru, iaitu Enakmen Penternakan Babi 2016 diperkenalkan bagi mengawal selia dan memastikan industri ini berkembang dengan sihat dan lestari untuk masa depan generasi akan datang.

Pengenalan enakmen ini adalah bertepatan pada waktunya memandangkan kitalah satu - satunya negeri di dalam Malaysia yang masih belum mewartakan enakmen ini.

Justeru, pada 17 September 2014 Kabinet telah memutuskan pelaksanaan Sistem Modern Pig Farming (MPF) di semua ladang babi di Malaysia.

Kriteria-kriteria utama MPF adalah meliputi 4 perkara, iaitu kandang babi tertutup (Close house), sistem pengurusan sisa kumbahan ladang zero discharge, mempunyai zon penampan dengan jarak minimum 200 meter daripada rumah kediaman, sekolah, klinik, tempat ibadat dan public amenities seperti kawasan rekreasi, pasar dan tempat makan awam dan mengamalkan Amalan Ladang Ternakan Yang Baik (GAHP).

Sehubungan itu, selaras dengan dasar Kerajaan Persekutuan, Rang Undang-Undang Penternakan Babi 2016 diwujudkan bagi menangani isu berkaitan penternakan babi yang membawa kepada penyakit dan pencemaran alam sekitar.

Rang Undang-Undang ini terdiri daripada lapan bahagian yang antaranya mengandungi peruntukan bagi pelesenan dan peraturan-peraturan bagi penternakan babi dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.

Bahagian I mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa serta tafsiran, Bahagian II mengandungi perkara berhubung dengan Sistem Penternakan Babi Moden (Modern Pig Farming, MPF). Bahagian III mengandungi perkara berhubung dengan pelesenan, Bahagian IV adalah berhubung dengan rayuan kepada Pihak Berkuasa Negeri, Bahagian V mengandungi perkara berhubung dengan kesalahan yang dilakukan di bawah Enakmen ini, Bahagian VI mengandungi perkara berhubung dengan penguatkuasaan, Bahagian VII menjelaskan  tentang kuasa sampingan mahkamah dan akhir sekali Bahagian VIII mengandungi peruntukan am.

Dipohon Dewan ini mempertimbangkan dan meluluskan Rang Undang-Undang Penternakan Babi 2016. Sekian, terima kasih.

DR AFIF BIN BAHARDIN

Ni pulak mesej WhatsApp dari ADUN Penanti..

Saya ucapkan Syabas dan jazakaallahukhairan kpd YB Exco Dr Afif atas usahanya membentang RUU Ternakan Babi 2016 yang sangat penting untuk hentikan pencemaran sungai, alam sekitar dan kepada penduduk-penduduk kampung terutamanya orang-orang Islam yang telah menghadapi sisa buangan dan bau busuk sejak 50 tahun 

Tapi sebabapa babi ni jadi isu??.. sebab DAP yang terajui Pulau Pinang.. tapi depa lupa masa PAS perintah Terengganu sepenggal dulu tu PAS juga membenarkan babi diternak..

KUALA TERENGGANU, 23 Dis - Kerajaan PAS Terengganu membenarkan ternakan babi di negeri itu kerana ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan ia juga hak bukan Islam, kata Menteri Besar Haji Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata dalam hal yang berkait dengan masyarakat bukan Islam, terdapat perkara-perkara mengenai hak individu yang tidak boleh diganggu oleh masyarakat Islam.

"Kerajaan yang mengamalkan dasar pemerintahan Islam hanya boleh memberi kawalan agar tidak mengganggu masyarakat Islam dan masyarakat lain," katanya ketika menggulung perbahasan mengenai belanjawan negeri untuk tahun 2000 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Haji Abdul Hadi berkata kerajaan Islam terpaksa membenarkan ternakan babi dibuat tetapi dengan menetapkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi.

Antara syarat-syarat yang ditetapkan ialah penternakan babi tidak mengganggu masyarakat Islam, kebersihan yang terjamin dan ia tidak menyebabkan sebarang wabak penyakit.

"Jika mereka boleh jamin hal-hal itu, kita benarkan...itu adalah hak mereka," katanya.

Isu ternakan babi di Terengganu timbul apabila Haji Abdul Hadi membuat kenyataan bahawa kerajaan PAS Terengganu akan membenarkannya sedangkan kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Terengganu sebelum ini tidak membenarkan penternakan khinzir.

Haji Abdul Hadi berkata apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri kini bukanlah satu perkara yang dibuat-buat tetapi benar-benar berlandaskan Islam.

Dipetik dari Tranungkite

Itu PAS.. kalau UMNO/BN pulak lagilah bersepahnya..

Yang menarik dalam hal ini..usul dibentang, kemudian dihuraikan supaya semua yang ada faham akhirnya minta dipertimbangkan untuk diluluskan..

Bukannya macam yang sorang lagi tu.. baca usul kemudian minta tangguh kononnya sebab ramai yang tak faham.. dah tak dihuraikan siapa yang nak faham?





from Anak Sungai Derhaka http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2016/11/pulau-pinang-dan-ruu-ternak-babi.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.