Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Anggota parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Khairuddin Aman Razali mempertahankan langkahnya membeli kereta mewah Audi Q7 kepada isterinya, yang menyebabkan beliau diserang hebat di Internet.
 
Kenderaan baru jenis itu bernilai kira-kira setengah juta ringgit.

Ketua penerangan Dewan Ulama PAS itu hari ini dilaporkan mempertahankan tindakan itu kerana ia sebahagian daripada haknya.

“Saya ada hak beli apa yang saya mahu.

“Saya boleh beli lori atau kapal terbang, ini bukan urusan mereka,” beliau dipetik sebagai berkata kepada The Star Online.

Isu itu timbul minggu ini selepas isterinya didakwa memuat naik gambar kereta itu di Facebook dengan status bertulis:

"Kita dapat hadiah kereta dari En Somi"," tulisnya.

Dengan kereta itu, tambahnya, bolehlah mereka "merayap" ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, Khairuddin juga berkata beliau berkemampuan membeli kereta itu dan menggunakan sumber-sumber kewangan yang sah.

Bagaimanapun tidak jelas sama ada ia kereta baru atau dibeli daripada orang lain.

Khairuddin dan isterinya juga dilaporkan terlibat dalam perniagaan produk kecantikan lapor Malaysiakini




from Anak Sungai Derhaka http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2017/02/khairuddin-jawab-isu-audi-q7-untuk.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.