Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang Datuk Seri dan anaknya bergelar Datuk bagi membantu siasatan skandal tanah yang melibatkan Yayasan Bumiputra Pulau Pinang Berhad.
SPRM dalam satu kenyataan berkata kedua-dua mereka berusia 74 dan 47 tahun itu mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat pemaju hartanah terkemuka di Pulau Pinang yang turut disenaraikan di Bursa Malaysia. Menurut kenyataan itu, mereka ditahan kira-kira pukul 7 malam, masing-masing di Pejabat SPRM Pulau Pinang dan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya. "Kedua-dua suspek tersebut dipercayai telah menyalahgunakan kedudukan mereka dan menjual tanah milik anak syarikat yayasan tersebut tanpa melalui proses dan tatacara yang ditetapkan dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga asal. "Perbuatan mereka dipercayai telah mengakibatkan kerugian jutaan ringgit kepada anak syarikat milik yayasan tersebut sejak beberapa tahun lepas," kata kenyataan itu. Menurut kenyataan itu, tangkapan berkenaan merupakan susulan daripada siasatan SPRM yang telah menangkap seorang pemegang amanah yayasan tersebut di Pulau Pinang pada 29 Mac lepas kerana disyaki telah menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri. Syarikat pemaju hartanah yang berpangkalan di Georgetown itu didapati telah membangunkan beberapa hartanah di sekitar Pulau Pinang termasuk di bandar Kepala Batas dan Tanjung Bungah, kata kenyataan itu. Kedua-dua mereka merupakan pemegang jawatan syarikat itu masing-masing sebagai penasihat dan pengarah urusan. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi berkata kedua-duanya dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown esok untuk direman. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.
from Anak Sungai Derhaka http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2017/04/skandal-tanah-pulau-pinang-datuk-seri.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself