Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjumpai wang tunai berjumlah lebih RM186,000 dan wang dalam akaun lebih RM459,000 milik sembilan individu termasuk enam pegawai polis yang ditahan menerusi Ops Gapi.


Wang tunai tersebut ditemukan di rumah beberapa suspek dipercayai wang rasuah daripada tauke-tauke judi haram.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat namun enggan mengulas berhubung perkembangan siasatan kes tersebut.

Kesemua sembilan suspek berusia di antara 31 dan 54 tahun yang terdiri daripada dua Ketua Polis Daerah dari IPD Melaka Tengah dan IPD Jasin itu ditahan reman selama enam hari bermula Rabu bagi membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Muhamad Safuan Azhar di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Difahamkan, pegawai polis terbabit meminta wang rasuah daripada pengusaha pusat judi dan rumah urut haram di sekitar Melaka, malah memaksa pengusaha berkenaan membayar wang perlindungan kepada mereka.

Suspek orang awam pula bertindak sebagai orang tengah bagi melicinkan proses kutipan wang rasuah yang dibayar bagi melindungi kegiatan haram yang dilakukan pengusaha terbabit lapor AstroAwani

from Anak Sungai Derhaka http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2017/05/lebih-rm645000-dikaut-suspek-dari-tauke.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.