Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkata saman sivilnya untuk merampas aset yang dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan dana 1MDB adalah termasuk semua butiran yang relevan supaya kepercayaan yang munasabah dapat dibuktikan semasa perbicaraan.


Ia menjawab kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mengatakan bahawa DOJ memberi gambaran seolah-olah isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam salah laku jenayah dengan mengaitkannya dengan berlian yang didakwa dibeli menggunakan dana yang disalahgunakan dari 1MDB, walaupun ia tidak berniat untuk merampas barang kemas tersebut.

DOJ memberitahu Malaysiakini menerusi emel bahawa undang-undang menghendakinya menyatakan fakta yang cukup terperinci untuk membuktikan satu kepercayaan yang munasabah bahawa ia akan menang dalam perbicaraan.

"Ini bermakna kita perlu menyatakan fakta yang mencukupi untuk menunjukkan satu kepercayaan yang munasabah bahawa undang-undang pengubahan wang haram Amerika Syarikat dan undang-undang jenayah yang lain telah dilanggari dan bahawa aset subjek adalah terlibat dalam atau dikesan kepada transaksi haram ini.

"Di samping aduan itu memberikan satu butiran yang mencukupi untuk secara khusus mengenal pasti harta yang tertakluk kepada pelucuthakan dan untuk memperjelaskan asas kes kerajaan sekiranya sesiapa yang mempunyai tuntutan yang sah ingin mencabar kes kami. Mengenal pasti orang dan entiti membantu fungsi itu," tambahnya.

Menurutnya, tiada kesimpulan yang sepatutnya dibuat, dalam apa cara sekalipun, tentang status individu-individu atau entiti-entiti, hanya kerana mereka dinamakan dalam dokumen.

DOJ dalam pemfailan baru minggu lepas mengatakan bahawa AS$4.5 bilion (kira-kira RM19 bilion) telah didakwa dicuri dari 1MDB.

Ia berusaha untuk merampas aset bernilai AS$1.7 bilion (RM7.3 bilion), yang dikatakannya dibeli dengan wang dicuri itu di AS dan di tempat lain, di bawah undang-undang pengubahan wang haram negara itu.

Saman DOJ setebal 251 halaman yang difailkan pada hari Khamis tidak menyebut nama Rosmah, tetapi menyebut bahawa isteri "Malaysian Official 1" (MO1) yang tidak dinamakan, diberi hadiah kira-kira AS$30 juta barang kemas oleh individu yang berkaitan dengan 1MDB, Jho Low.

DOJ memberitahu Malaysiakini bahawa ia tidak akan merampas barang kemas yang diberikan kepada isteri "MO1".

Abdul Rahman semalam menamakan Rosmah dalam hubungan dengan tuntutan DOJ itu. Beliau pada tahun lepas juga mengenal pasti MO1 sebagai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi menegaskan bahawa Najib tidak dinamakan sebagai defendan dalam kes itu.

Najib telah menafikan semua dakwaan salah laku yang berkaitan dengan 1MDB, manakala Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali telah membersihkan Najib dan mengecam DOJ kerana membayangkan PM seolah-olah ada kaitan dengan salah laku jenayah lapor Malaysiakini

from Anak Sungai Derhaka http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2017/06/doj-sekolahka-rahman-dahlan.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.