Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

PENYINGKIRAN Isa Samad sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) tetapi kemudiannya dipindahkan ke Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menimbulkan persoalan di kalangan pemimpin pembangkang.



Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong mengatakan, pelantikan Isa sebagai pemangku pengerusi SPAD langsung tidak masuk akal.

Ahli Parlimen Kluang itu berkata, pelantikan Isa sebagai pengerusi SPAD walaupun gagal memimpin FGV dan sebelum ini Felda, akan terus menyebabkan keyakinan orang ramai terhadap kerajaan hilang. 

Menurut Liew, SPAD ketika ini bertanggungjawab terhadap beberapa projek besar seperti Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) (RM55 bilion), Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (RM60 bilion), MRT Laluan 2 (RM28 bilion) dan MRT Circle Line (RM20 bilion). 

“Apakah Isa akan menyebabkan masalah lebih besar dengan jawatan baharunya yang sama penting, kalau tidak lebih tinggi daripada FGV dan Felda?

“Apakah terdapat sebarang rahsia tentang Isa membantu Najib menyebabkan beliau terus diberikan jawatan walaupun tidak memegang jawatan kanan dalam Umno sejak lebih sedekad lalu?” soal Liew. 

Ketua Biro Dasar dan Strategi Bersatu Dr Rais Hussin berkata, penyingkiran Isa adalah seperti kerajaan mengakui beliau gagal dalam memimpin FGV.

“Apakah ini bertujuan untuk memastikan Isa Samad senyap? Isa Samad gagal semasa memimpin FGV, mengapa pindahkan dia ke SPAD?

“Apakah ini untuk menenangkan Isa kerana Perdana Menteri Najib Razak sudah tidak lagi mempunyai pilihan selain daripada menyingkirkannya beliau,” kata Rais kepada The Malaysian Insight.

Semalam Najib mengumumkan peletakan jawatan Isa sebagai pengerusi FGV.

Jawatan Isa akan diambil alih pengarah bukan eksekutif bebas FGV, Dr Sulaiman Mahbob.

Najib berkata, sebagai menghargai sumbangan Isa, beliau dilantik sebagai pemangku pengerusi kepada SPAD.

Rais turut mempersoalkan, apakah akan terdapat siasatan bebas tentang dakwaan salahlaku di FGV. 

“Apakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberikan kebebasan untuk melakukan siasatan? soal Rais.

Orang gagal diberikan ganjaran

Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad mengatakan tindakan Najib memindahkan Isa ke SPAD seperti menetapkan trend baharu “orang gagal diberikan ganjaran”.

“Pelantikan Isa sebagai pemangku pengerusi SPAD merupakan satu ganjaran. Beliau yang sebelum ini memimpin Felda dan kemudian hanya FGV.

“Orang yang gagal seperti Isa sudah tentu tidak akan berjaya membuat keajaiban di SPAD,” kata bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu kepada The Malaysian Insight.

Dzulkefly berkata, tindakan Najib hari ini mengelakkan daripada pendedahan lebih besar mengenai FGV dilakukan.

“Di tengah-tengah ketegangan di antara Isa dan Zakaria Arshad, banyak pendedahan dilakukan di antara kedua-dua pihak.

“Sebelum sempat siasatan selesai berhubung pendedahan ke dua pihak ini, Isa sudah dipindahkan ke SPAD, katanya.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar, kegagalan Isa di Felda dan FGV seharusnya dijatuhkan hukuman dan tidak dibiarkan terlepas begitu sahaja.

“Sebaliknya Isa yang gagal diberikan ganjaran sebagai pengerusi SPAS yang baharu,” katanya.

Bekas ketua penerangan PAS itu berkata, walaupun pengganti Isa di FGV Dr Sulaiman Mahbob merupakan seorang yang berpengalaman dan berintegriti, agak sukar untuk melakukan perubahan sekiranya Najib masih perdana menteri.

“Masalahnya di sini ialah Najib. Walaupun Sulaiman seorang yang berintegriti, dia tetap kena akur dengan Najib.

“Kita halau musang kerana makan ayam. Kita halau musang guna jebon. Jebon juga makan ayam,” katanya.

Mahfuz meramalkan, dengan Isa sebagai pemangku pengerusi, SPAD juga bakal berdepan masalah seperti Felda dan FGV sebelum ini

from Anak Sungai Derhaka http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2017/06/mengapa-najib-beri-ganjaran-kepada-isa.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.