Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Presiden PKR, Anwar Ibrahim menasihatkan setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak supaya berjumpa dengan polis berhubung dakwaan dia terlibat dalam kes rusuhan bersenjata di Kompleks Sukan Arena All Stars di Ampang, Kuala Lumpur malam 31 Ogos lalu.

"Ya, dia sepatutnya (jumpa dengan polis) sekalipun jika dia menarik semula laporan polis yang dibuatnya," katanya kepada pemberita di Petaling Jaya ketika ditanya mengenai perkara itu.

"Dia mesti berjumpa dengan polis dan telah dinasihatkan (berbuat demikian)," katanya.

MalaysiaKini sebelum ini melaporkan.. Polis mengulang gesaan supaya Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang juga setiausaha politik kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim tampil membantu siasatan kejadian merusuh dengan senjata pada 31 Ogos lalu di Ampang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat berkata tiga suspek telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang pada jam 11.40 pagi tadi, manakala Farhash masih tidak dapat dikesan.

"Sementara itu suspek utama Farhash Wafa Salvador masih gagal dikesan dan diarahkan untuk segera tampil bagi membantu siasatan," katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

Menurut Fadzil lagi, ketiga-tiga suspek yang menyerah diri merupakan jurulatih Muay Thai berusia antara 26 dan 35 tahun.

"Ketiga-tiga mereka akan direman untuk siasatan lanjut.

"Salah seorang dari suspek Melayu tersebut mempunyai beberapa rekod dadah dan jenayah serta disenaraikan wanted oleh IPD Cheras berkaitan kes dadah.

"Manakala dua lagi lelaki tiada sebarang rekod jenayah," kata kenyataan itu lagi.

Semalam, pihak polis menggesa supaya Farhash tampil membantu siasatan dan Farhash telah berjanji untuk memebrikan kerjasama tetapi tidak menyatakan waktu untuk bertemu pihak polis



from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/09/anwar-nasihat-farhash-supaya-jumpa-polis.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.