Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Sebelum ini BERNAMA melaporkan Polis meminta Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak tampil membantu siasatan berhubung satu kes pergaduhan yang berlaku dekat sebuah kompleks sukan di Ampang, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata Farhash Wafa, 37, dipercayai merupakan seorang suspek yang terlibat dalam satu insiden mendatangkan kecederaan terhadap seorang individu lelaki tempatan.

“Dalam kejadian berlaku pada 31 Ogos pukul 9 malam itu, satu kejadian rusuhan bersenjata telah berlaku yang melibatkan seramai lebih 12 lelaki tempatan.

“Kejadian dipercayai bermula apabila suspek terserempak dengan mangsa dan menolak mukanya sehingga berlakunya satu kekecohan. Pihak pengurusan kompleks bagaimanapun meminta suspek dan mangsa supaya beredar,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini malam tadi.

Menurut Fadzil, mangsa telah pergi ke tempat letak motosikal di luar kompleks sukan berkenaan dan didatangi 10 lelaki yang menyerangnya.

“Mangsa telah diserang dengan topi keledar, pisau dan kerusi. Tiga rakan mangsa cuba meleraikan insiden itu namun gagal,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa telah mengalami kecederaan koyak di bahagian tisu pinggang dan luka anggota badan, katanya.

Berikut adalah jawapan Farhash yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today..

PETALING JAYA: Setiausaha politik kepada Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang dipanggil polis dalam siasatan kes rusuhan di kompleks sukan di Ampang tampil memberi penjelasan berhubung insiden yang berlaku pada 31 Ogos itu. 
“Saya ingin maklumkan yang pengadu cuba merogol dan mencabul kehormatan isteri saya 2 tahun lalu dan beliau juga pernah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas cubaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan. 
Farhash juga berkata laporan polis yang dibuat adalah ke atas adiknya. 
“Namun saya sedia untuk memberi kerjasama sekiranya perlu,” katanya.

Laporan penuh sila baca di SINI

from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/09/rusuhan-bersenjata-ini-jawapan-setpol.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.