Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Kerajaan sewajarnya memikirkan mekanisme terbaik untuk memastikan rakyat menikmati harga minyak yang lebih rendah.

Pakar ekonomi, Amir Hussin Baharuddin berkata, pengumuman kerajaan untuk mengapungkan harga minyak dengan meningkatkan harga 1 sen setiap minggu bukanlah cara terbaik.

“Pada saya harga sekarang RM2.08 seliter pun sudah tinggi, nak diapungkan dan naikkan lagi 1 sen setiap minggu hingga mencapai harga pasaran. Harga pasaran itu turun naik, tapi harga (minyak) kita yang tak turun-turun.

“Isu harga minyak ini mengelirukan rakyat. Kerajaan sepatutnya fikirkan cara nak turunkan harga, bukan naikkan harga. Harga memang boleh naik bila-bila masa saja,” katanya kepada FMT ketika dihubungi.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Chong Chieng Jen ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat kelmarin mengumumkan bahawa kerajaan akan mengapungkan harga RON95 dengan kenaikan 1 sen setiap minggu sehingga mencapai harga pasaran bermula Januari depan.

Kata Chong, mekanisme itu diambil bagi meringankan kos hidup rakyat selain mengelak harga barangan naik secara mendadak.

Dalam pada itu, Amir berkata, kerajaan juga perlu meneliti harga diesel agar kos pengangkutan tidak meningkat sekali gus menjadi alasan tambang dan harga barang meningkat.

“Apabila setiap bulan memang akan naik harga minyak, peniaga mesti naikkan harga barang. Tak cukup mahal lagikah harga barang di Malaysia ini?

“Jaga harga diesel juga supaya harga pengangkutan awam murah dan kos pengangkutan barang juga tidak mahal. Ini semua bersangkut dengan kos hidup,” katanya.

Sementara penganalisis ekonomi dari Putra Business School (PBS), Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, langkah yang diambil kerajaan itu dapat mengelakkan kenaikan harga barangan secara mendadak.

“Saya setuju dengan langkah kerajaan untuk tidak mengapungkan harga minyak RON95 serta merta mengikut harga pasaran, tetapi menaikkan 1 sen setiap minggu.

“Kita tidak mahu peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan atas alasan harga minyak naik.

“Kenaikan yang sedikit demi sedikit ini membantu mengurangkan beban kos sara hidup golongan memerlukan, selain membantu pengguna lebih berhemah merancang perbelanjaan petrol mereka,” katanya.

Melihat kestabilan harga minyak pasaran dunia sekarang, beliau berkata, kerajaan mungkin tidak perlu menaikkan 1 sen setiap minggu sekiranya harga minyak dunia menunjukkan penurunan.

“Harga minyak pasaran dunia sekarang agak stabil walaupun ada sedikit peningkatan. Saya harap kalau tahun depan harga minyak turun, tak semestinya perlu naikkan harga 1 sen setiap minggu.

“Jika harga minyak dunia turun, harga kekal dan apabila betul-betul naik barulah naik 1 sen jadi ada ruang untuk pengguna…tidak semestinya berdepan kenaikan harga minyak setiap minggu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Menteri KPDNHEP Saifuddin Nasutiion Ismail berkata semalam, cadangan apungan harga minyak secara berperingkat seperti diumumkan di Dewan Rakyat oleh timbalan beliau belum dimuktamadkan sepenuhnya.

“Semalam timbalan saya menjawab soalan tambahan (di Dewan Rakyat) oleh itu beliau menyebut mengenai cadangan itu dan esok (hari ini) saya akan memberi maklum balas ini dari semasa ke semasa.

“Apabila dipersetujui Jemaah Menteri barulah kita akan membuat pengumuman,” katanya kepada media selepas merasmikan majlis pelancaran Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia di Kuala Lumpur.



from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/11/fikir-cara-turun-harga-minyak-bukannya.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.