Yusoff ialah cucu kepada aktivis dan bekas presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang SM Mohamed Idris.
Mohideen ialah abang kepada Idris.
"Insiden itu dikatakan berlaku pada 2 Oktober 2018, lebih setahun lalu. Tetapi tiada seorang anggota keluarga, termasuk datuknya yang amat rapat dengannya, diberitahu tentangnya.
"Yusoff tersisih daripada keluarga sejak kematian datuknya tahun ini (17 Mei lalu).
"Timbul setahun kemudian, dan dua hari sebelum kongres PKR, saya yakin Yusoff dimanipulasi ahli politik untuk kepentingan mereka," kata Datuk saudaranya Mohideen Abdul Kader dalam kenyataan semalam..
Berikut adalah kenyataan media dari DSAI
KENYATAAN MEDIA
Saya telah menerima laporan yang dibuat oleh individu bernama Muhammed Yusoff Rawther melalui media massa dan media sosial.
Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tanpa asas tersebut.
Pada tarikh yang didakwa, saya sedang giat menjalankan kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson serta menghadiri Majlis Memperingati Ulang Tahun Kelahiran Mahatma Gandhi ke-150 di Kuala Lumpur dan kembali semula ke Port Dickson untuk memenuhi jadual kempen.
Setiausaha Sulit saya, Shukri Saad akan membuat laporan polis pagi ini berhubung isu yang dibangkitkan dan peguam saya, Ramkarpal Singh juga akan mengutuskan surat tuntutan daripada Muhammed Yusoff Rawther.
Keluarga Muhammed Yusoff Rawther melalui Mohideen Abdul Kader turut mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan yang dilakukan olehnya selepas lebih setahun kejadian yang didakwa.
Tindakan yang dilakukan ini adalah muslihat menjatuhkan imej saya menjelang Kongres Nasional Keadilan ke-14 dan proses peralihan kuasa pimpinan negara.
ANWAR IBRAHIM
5 Disember 2019
Ni dari Twitter DSAI..
from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/12/liwat-3-kenyataan-media-dari-anwar.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself